web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekalan Beras Cukup, Rakyat Tidak Perlu Buat Pembelian Panik - LPP

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 3:38PM

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Datuk Azulita Salim (dua, kiri) memeriksa beras tempatan yang dijual pada Jualan Agro MADANI Peringkat Jajahan Kota Bharu di Kompleks Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memberi jaminan bahawa bekalan beras putih tempatan di negara ini mencukupi dalam menangani permintaan bahan makan ruji itu.

Ketua Pengarah LPP, Datuk Azulita Salim berkata, walaupun berdepan dengan cabaran seperti cuaca yang tidak menentu sehingga menyebabkan bekalan beras agak terhad, tetapi ia tidak perlu dibimbangi rakyat kerana bekalan beras sudah diedarkan mengikut lokasi yang terlibat.

"Pembelian memang kita hadkan untuk seorang pengguna hanya dua beg sahaja yang dibenarkan untuk dibeli, iaitu pek 20 kilogram (kg) dengan harga kawalan RM26 untuk 10kg setiap pek.

"Sebaik sahaja mendapat arahan daripada kementerian, kita terus hubungi pengilang untuk kita berikan lokasi yang ditetapkan sebagai usaha membantu rakyat menangani isu kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Jualan Agro MADANI Peringkat Jajahan Kota Bharu di Kompleks Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azulita berkata, beras putih tempatan itu dibekalkan ke 40 premis di bawah LPP iaitu 23 Peladang Outlet (PO), lapan Agro Bazar Pertubuhan Peladang dan sembilan Kedai Peladang.

Sebelum ini, media melaporkan sejumlah 700 tan metrik beras putih tempatan mula diedar ke seluruh Semenanjung semalam menerusi program khas pengedaran dan penjualan beras putih tempatan terus kepada pengguna akhir melalui premis di bawah LPP dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di empat zon iaitu utara, tengah, selatan dan timur.

Jumlah pengedaran di bawah LPP untuk tempoh sehingga hujung tahun ini ialah 300 tan metrik, manakala FAMA (peroleh) 400 tan metrik. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKM Optimis Kemuka Penyelesaian Isu Padi, Beras Seperti Diarah PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKM, NACCOL Ada Hingga 20 Mac Untuk Muktamad Harga Beras - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat NACCOL Putuskan Harga Kawalan Beras Minggu Depan - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Kartel Atau Mafia Tentukan Harga Padi, Beras Dan Benih - KPKM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad