web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tolak Syor Apung Harga Telur, Import

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 8:29PM

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi menolak syor supaya harga telur ayam diapungkan atau diimport dari luar negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi menolak syor supaya harga telur ayam diapungkan atau diimport dari luar negara, walaupun berlaku kekurangan bekalan domestik ketika ini, kata Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia mengesahkan terdapat kekurangan lebih 96 juta biji bekalan telur sebulan, berikutan pengeluaran bulanan hanya 871.9 juta biji berbanding keperluan sebanyak 968.8 juta biji, susulan kenaikan kos pengeluaran.

“Kita sama sekali tidak melihat opsyen import sebagai satu penyelesaian. Pertama kerana kedudukan harga telur di luar jauh lebih mahal, jadi tak mungkin kita import telur yang lebih mahal dan jual murah di negara kita, selain kita nak jaga industri pengeluaran tempatan.

“Kalau harga telur diapungkan pula, harga dijangka melonjak tidak kurang 12 sen, maka pasukan tidak memperakukan cadangan ini walaupun pengapungan dilihat sebagai satu jalan keluar yang lebih kekal, terutama sekali mengikut pandangan pengeluar di ladang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasukan itu, di sini hari ini.

Bagi menangani isu itu, katanya pasukan berkenaan mengesyorkan supaya subsidi lapan sen bagi sebiji telur ditambah sebanyak dua sen, yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM20 juta sebulan atau harga kawalan sedia ada dinaikkan sebanyak dua sen sebiji.

Annuar berkata ketika ini harga telur ayam di peringkat ladang bagi gred A adalah 41 sen sebiji, gred B 39 sen dan 37 sen bagi gred C.

Bagaimanapun, Annuar berkata kos pengeluaran bagi sebiji telur gred A di peringkat ladang, contohnya ialah sebanyak 51 sen.

“Jadi kalau kos gred A 41 sen dicampur lapan sen (subsidi) berjumlah 49 sen, pendapatan pengeluar dua sen lebih rendah daripada kos pengeluaran.  Ini menyebabkan sebahagian penternak mengambil tindakan seperti menghapuskan ayam yang telah capai umur tertentu lebih awal. Lazimnya ayam berusia mencapai usia 80 ke 85 hari yang boleh lagi bertelur, tapi terpaksa dilupuskan untuk menjimatkan kos.

“Ayam gantian kepada yang telah disembelih pula pengeluarannya agak perlahan, menyebabkan keseluruhan pengeluaran terus merosot dan ini akan terus menjejaskan bekalan telur dalam negara,” katanya.

Memandangkan salah satu opsyen yang dicadangkan melibatkan implikasi kewangan dalam keadaan Parlimen dibubarkan, beliau berkata cadangan berkenaan sudah dirujuk kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa mesyuarat berkenaan berlangsung, kerana keputusan segera perlu dibuat.

Annuar berkata pasukan berkenaan, meminta kerjasama pengeluar telur supaya tidak melupuskan ayam telur pada usia lebih awal dan menyeru pihak industri, mengemukakan syor lain bagi mengatasi kekurangan bekalan lebih 96 juta biji telur ketika ini.

Dari segi penguatkuasaan terhadap harga ayam dan telur, beliau berkata sejak 5 Feb lepas sebanyak 151 kes telah dikenal pasti di bawah kesalahan menjual melebihi harga maksimum.

Bagi minyak masak pula, sebanyak 177 kes telah dikenal pasti dengan nilai rampasan berjumlah RM3.3 juta. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Politik 3 tahun yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

3

Politik 3 tahun yang lalu

Annuar Sah Ahli PAS

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengarah Syarikat Didakwa Tawar Suapan Agar Annuar Musa Cepatkan Pengambilalihan Menara KL

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad