web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nikmati Dim Sum Enak Sampai Kenyang di Table Talk

Restoran Table Talk, Dorsett Hartamas, Kuala Lumpur membawakan ‘Eat All You Can Sunday Dim Sum’ yang menjanjikan deretan dim sum dan hidangan sampingan yang menyelerakan.

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 12:00PM

Hidangan dim sum di Table Talk dibawa terus dari dapur The Emperor Restaurant, Dorsett Grand Subang. - Gambar oleh Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujung minggu adalah hari untuk memanjakan diri setelah sepanjang minggu berhempas pulas dengan rutin pejabat yang tidak pernah habis. Menikmati makanan kegemaran merupakan satu cara membahagia hati.

Jika anda menggemari dim sum, apa kata anda panjangkan langkah ke restoran Table Talk, yang terletak di Dorsett Hartamas, Kuala Lumpur. Setiap Ahad, restoran ini membawakan ‘Eat All You Can Sunday Dim Sum’ yang menjanjikan deretan dim sum dan hidangan sampingan yang menyelerakan.

Jangan tak tahu, hidangan Cina popular ini dibawa terus dari dapur The Emperor Restaurant, Dorsett Grand Subang yang sememangnya popular di kalangan peminat dim sum untuk menjamu selera sepuas-puasnya pada hujung minggu.

Selain daripada dim sumnya yang lazat, ramai yang suka dengan dim sum ini kerana ia dihasilkan secara homemade, di mana setiap ramuan atau resipinya disediakan oleh chef atau krew dapur The Emperor Restaurant. Bahkan, ia juga halal di mana umat Islam boleh menikmatinya tanpa rasa ragu-ragu.

Jadi, agak-agaknya apa dim sum yang mesti dicuba jika berkunjung ke Table Talk pada Ahad ini? Tepuk dada tanya selera. Banyak hidangan yang tersedia. Jadi mungkin agak susah untuk membuat pilihan, lebih-lebih lagi jika anda penggemar setia makanan ini. Cara paling mudah, pilih yang paling digemari, kemudian jika perut masih boleh diisi bolehlah pesan yang lain-lain.

Antara hidangan yang disediakan adalah salted egg york bamboo charcoal bun, steamed prawn dumpling with chili oil in king soy sauce, steamed squid ink bun with salted egg custard, steamed siew mai Emperor style, steamed phoenix feet with black bean, steamed bun with bbq chicken deep steamed fish paste dumpling with garlic dan glutinous rice with chicken dan banyak lagi.

Percayalah, setiap gigitan tidak menghampakan. Lebih-lebih lagi jika anda ke sini ketika perut sedang berkeroncong minta diisi. Tapi ingat, biarpun perut lapar, nikmati dim sum anda dengan perlahan-lahan kerana nikmatnya lebih terasa apabila anda mengambil masa untuk menghayati setiap bahan-bahan yang digunakan. 

Menjenguk ke kaunter bufet, tidak mustahil anda akan tambah rambang mata kerana ada banyak lagi pilihan menanti seperti mi goreng, nasi goreng, dan lauk-pauk masakan Cina. Kecur air liur dibuatnya!

‘Eat All You Can Sunday Dim Sum’ di Table Talk bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 3.30 petang. Harga untuk dewasa ialah RM108, kanak-kanak RM54 dan warga emas pula dikenakan bayaran RM85. - Getaran, 25 September 2022

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

24 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Makan Besar Bersama Keluarga Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

2

TARA 3 tahun yang lalu

Bercuti Dan Rehat, Tapi Bukan Seperti Yang Anda Bayangkan

3

TARA 5 tahun yang lalu

Kenikmatan Dim Sum Halal di Canning Dim Sum Ipoh

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Berangkat Tunai Solat Jumaat Di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti

Semasa 3 jam yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut