Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Makan Besar Bersama Keluarga Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

Hidangan menyelerakan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Emperor Restaurant, Dorsett Grand Subang.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 5:00PM

Gambar oleh Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Istimewa untuk mereka yang ingin meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga dan kenalan, tahun ini apa kata anda berkunjung ke The Emperor Restaurant yang terletak di Dorsett Grand Subang, Subang Jaya, Selangor.

Dinamakan sebagai Restoran Cina Terbaik di Subang Jaya, The Emperor Restaurant menyajikan masakan Kantonis bercitarasa tradisional dan kontemporari yang semestinya membuka selera. Paling penting ia halal dan ini membolehkan umat Islam menikmati setiap hidangan di sini tanpa rasa ragu-ragu.

Jadi, agak-agaknya apa hidangan yang mesti dicuba jika berkunjung ke restoran ini? Tepuk dada tanya selera. Jika dihitung, ada beratus hidangan yang tersedia. Jadi mungkin agak susah untuk membuat pilihan, lebih-lebih lagi jika anda bukan penggemar setia makanan Cina.

Antara menu yang boleh dinikmati ialah Deep Fried Chicken With Mango Thai Sauce, Steamed Sea Bass With Light Soya Sauce, Braised Chinese Cabbage with Dried Scallops and ‘Tau Kan’, Steamed Sea Groupers with Light Soya Sauce, Braised Dried Scallops with Melon and Broccoli dan banyak lagi.

Selain itu, restoran ini juga terkenal dengan hidangan dim sum ‘All You Can Eat’, yang diadakan pada setiap hujung minggu. Rata-rata mereka yang pernah menikmati dim sum di sini pasti akan kembali untuk memuaskan selera apabila mula ‘mengidam’. Ini kerana semua jenis dim sum yang ada di sini dihasilkan secara home made, di mana setiap ramuan atau resipinya disediakan oleh chef atau krew dapur The Emperor Restaurant.

Antara dim sum yang disediakan adalah Salted Egg Yoke Bamboo Charcoal Bun, Steamed Crystal Prawn Dumpling, Steamed Chicken Siew Mai, Deep Fried Cheese Prawn Roll, Steam BBQ Chicken Bun,Deep Fried Vietnamese Spring Roll, Steam Glutinous rice with Chicken dan banyak lagi.

Sempena Tahun Arnab kali ini, Cef Eksekutif, Eric telah memilih menu istimewa yang menampilkan beberapa hidangan membuka selera seperti udang putih dengan serbuk jintan manis dan cili, daging itik salai tumis dengan tiga jenis cendawan, Hong Kong Lai Pak dengan kuah keladi dan sotong rangup; dan ikan kerapu laut stim dengan fucuk.

Chef Eric
Chef Eric

Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang rasa setiap hidangan ini. Jujur penulis katakan, ia memikat selera kerana setiap satu daripadanya terserlah ciri-ciri tradisional masakan Cina. Cuma mungkin untuk orang Melayu ia kurang pedas dan anda mungkin memerlukan potongan cili padi untuk pengalaman menjamu selera yang lebih ‘kick’.

Hidangan ini tersedia secara pakej dan boleh ditempah secara a-la-carte untuk makan tengahari dan makan malam. Anda juga boleh menjamu selera dengan hidangan dim sum The Emperor yang popular sepanjang musim perayaan ini.

Antara yang mesti anda cuba ialah ladu bunga ‘blue pea’ kukus; siew mai kukus dengan tiram kering dan lumut laut, kupang kukus disumbat dengan sos mentega Oriental, pisang goreng dengan kacang merah dan udang, dan ‘nian gao’ goreng rangup dengan ubi keledek dan keladi.

Kesemua menu ini tersedia untuk makan tengahari setiap hari dari 12 tengah hari hingga 2.30 petang sehingga 5 Februari hadapan. Malah, anda juga boleh membuat pesanan untuk dibawa pulang. Boleh ambil sendiri atau gunakan servis penghantaran makanan yang tersedia.

Untuk melengkapkan acara makan besar, jangan sesekali lupakan hidangan paling penting dan simbolik kepada Tahun Baru Cina yang hanya boleh didapati di Malaysia iaitu Yee Sang. Juga dikenali sebagai ‘Dish of Prosperity’, The Emperor menawarkan bukan sahaja menampilkan set kegemaran ramai, Emperor Deluxe Salmon Yee Sang, tetapi terdapat juga pilihan premium Sliced Abalone Yee Sang.

Untuk maklumat lanjut serta mengetahui harga untuk setiap hidangan, anda boleh melayari laman web Dorsett Grand Subang. Selamat menjamu selera! - Getaran, 15 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Nikmati Dim Sum Enak Sampai Kenyang di Table Talk

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja