Berita Terkini

16 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Bercuti Dan Rehat, Tapi Bukan Seperti Yang Anda Bayangkan

Anda punya waktu yang terhad. Tapi perlu perubahan suasana untuk ‘recharge’ diri. Teruskan membaca, kami ada cadangan percutian rawat dan rehat mudah untuk anda.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 6:02PM

Jika perlu 'recharge' diri, apa kata cuba 'cuti singkat', atau 'cuti rehat dan rawat' - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah. Kadangkala rasa seperti badan ini sudah cukup letih dengan segala hal sekeliling. Baik kerja atau pelajaran, mahupun hal keluarga. 

Rasa seperti perlu ‘bersembunyi’ di suatu tempat dan berehat. Otak dan segala deria rasa terlalu terbeban, terlebih rangsangan dan perlu bertenang. 

Cuma anda ada kekangan waktu dan mungkin kewangan. Tidak boleh keluar terlalu jauh, atau terlalu lama. 

Begini, kami ada cadangan untuk anda.  Apa kata cuba bercuti tanpa melancong? Ada yang panggil aktiviti ini ‘staycation’. Tapi penulis lebih suka dengan kata 'cuti singkat' atau 'cuti rehat dan rawat'. 

Tak perlu fikir panjang dan jalan jauh untuk rehat. Kita cari tempat yang dekat-dekat dan bebas stres sahaja - Gambar hiasan Pexels
Tak perlu fikir panjang dan jalan jauh untuk rehat. Kita cari tempat yang dekat-dekat dan bebas stres sahaja - Gambar hiasan Pexels

Rehat dan rawat minda, badan dan jiwa dengan berkunjung ke sebuah hotel atau tempat percutian yang dekat dengan anda.

Ambillah cuti separuh hari pada hari Jumaat, keluar ‘merantau’ ke tempat itu dan bermalas-malasanlah di situ sehingga tengah hari, Ahad. Jangan rumitkan acara cuti anda dengan 1001 acara. Nanti dari acara rehat, jadi bertambah stres.

Di sini, kami kongsikan beberapa perkara yang anda patut ambil kira ketika memilih tempat cuti singkat anda. 

 

Pilih hotel atau tempat tinggal yang selesa, bersih dan selamat

Untuk acara percutian tanpa melancong yang singkat, keselesaan hotel sangat penting. Ada kemungkinan anda akan menghabiskan banyak masa di dalam bilik. 

Antara hal yang perlu diperhatikan ketika membuat tempahan adalah saiz bilik, jenis katil, kemudahan yang ada dalam bilik, lokasi bilik dan pemandangan.

Hal lain yang boleh juga dipertimbangkan adalah kemudahan untuk daftar masuk. Adakah terdapat waktu tertentu untuk daftar masuk melalui aplikasi khas atau tidak dan sebagainya. 

Ruang utama menyambut tetamu di W Kuala Lumpur - Gambar oleh Ili Farhana
Ruang utama menyambut tetamu di W Kuala Lumpur - Gambar oleh Ili Farhana

Rajin-rajinlah membaca ruang ulasan atau komen serta lihat gambar paling terkini di Google dan laman tempahan hotel. Dari situ, binalah rumusan anda sendiri tentang hotel itu. 

Di sini anda dapat melihat sama ada keadaan hotel atau tempat penginapan anda itu benar-benar bersih dan selesa atau indah khabar dari rupa. 

Namun, tidak semua tempat bermarkah 7/10 kebawah itu buruk dan tidak semua hotel dengan markah 9.5/10 akan sesuai untuk anda.

Untuk acara cuti singkat baru-baru ini, penulis memilih W Kuala Lumpur. Tidak terlalu jauh dari rumah dan pejabat serta daripada ‘kajian’ kecil yang penulis buat, tempatnya nampak serasi. 

 

Kemudahan yang ada di hotel

Lebih banyak kemudahan, lebih bagus. Tidaklah anda perlu keluar mencari aktiviti di luar. Cuma perlu tekan butang lif naik turun sahaja. 

Pastikan anda ringan mulut bertanya kepada penyambut tetamu (Reception) tentang aktiviti yang akan diadakan di hotel. Sesetengah hotel, seperti W Kuala Lumpur, menyediakan kelas bersenam berbayar di kolam renang serta menyediakan gim percuma yang boleh anda gunakan. 

Bila lagi hendak merasa berenang pagi dengan pemandangan seperti ini? - Gambar oleh Ili Farhana
Bila lagi hendak merasa berenang pagi dengan pemandangan seperti ini? - Gambar oleh Ili Farhana

Ada juga hotel yang menyediakan bas pengantara khas untuk ke tempat-tempat menarik berdekatan, jadi anda tidak perlu bersusah-payah memandu atau membuat tempahan kenderaan e-hailing.

Bonus besar jika hotel mempunyai spa yang menyediakan ajnas rawatan tubuh badan, muka dan rambut. Barulah betul, rehat dan rawat! Tenangkan minda dan pulihkan raga yang letih. 

Rekaan dalaman Away Spa di W Kuala Lumpur bukan seperti spa biasa namun para perawatnya cukup terlatih. Satu pengalaman yang menarik! - Gambar oleh Ili Farhana
Rekaan dalaman Away Spa di W Kuala Lumpur bukan seperti spa biasa namun para perawatnya cukup terlatih. Satu pengalaman yang menarik! - Gambar oleh Ili Farhana

 

Tempat makan

Makan di hotel, ya memang sedikit mahal harganya, namun harga banyak tempat makan di luar sana juga tidak begitu murah sekarang. 

Memilih tempat makan juga boleh menjadi satu punca stres kecil, apa lagi jika anda memilih untuk bercuti singkat ini bersama teman. Dia mahu itu, anda mahu ini. 

Nak mudah, pilihlah hotel yang lengkap dengan tempat makan. Dari pagi sampai ke malam, tidak lagi perlu fikir panjang. 

Antara pilihan makanan yang disediakan di Flock, W Kuala Lumpur untuk sarapan pagi  - Gambar oleh Ili Farhana
Antara pilihan makanan yang disediakan di Flock, W Kuala Lumpur untuk sarapan pagi - Gambar oleh Ili Farhana

Kalau anda memilih untuk ke W Kuala Lumpur seperti penulis, bersiap sedialah untuk ‘juling’ memilih makanan di bufet sarapan paginya. 

Jika suka makan itik panggang, pastikan anda mencuba itik panggang di Yen. Namun, tempahan perlu dibuat sehari lebih awal ya. Yen juga menyediakan brunch dim sum pada hujung minggu. Berbaloi harganya.

Makan malam di Yen - Gambar oleh Rahayu Mat Nah
Makan malam di Yen - Gambar oleh Rahayu Mat Nah

Kalau mahu sesuatu yang ‘extra’, carilah hotel yang menyediakan set minum petang atau hi-tea. Lebih seronok bermalas-malasan dan berehat di hotel begini. 

Sewaktu penulis di W Hotel, kebetulan ada hi-tea dengan tema Hari Natal. Apa lagi, bersantailah sepetang di WooBar (lokasi hi-tea) bersama buku di tangan sambil menikmati pelbagai hidangan yang disediakan dalam set minum petang ini.

Set hi-tea Hari Natal di WooBar. Tema hidangan hi-tea bertukar mengikut musim - Gambar oleh Rahayu Mat Nah
Set hi-tea Hari Natal di WooBar. Tema hidangan hi-tea bertukar mengikut musim - Gambar oleh Rahayu Mat Nah

Jika mahu menghirup udara segar sebentar selepas seharian di kamar, anda juga boleh bersantai di WetDeck di tepian kolam renang sambil menghirup segelas mocktail atau kombucha dingin. Tak rasa seperti bercuti di tengah kota sebenarnya. 

Santai di WetDeck bersama pemandangan Menara Berkembar KLCC dan Menara Kuala Lumpur - Gambar oleh Ili Farhana
Santai di WetDeck bersama pemandangan Menara Berkembar KLCC dan Menara Kuala Lumpur - Gambar oleh Ili Farhana

 

Keselesaan Kamar

Ada seorang teman penulis, yang sanggup berhabis walau bercuti hujung minggu, dengan menginap di hotel yang mempunyai tab mandi. 

Ada yang mahukan puluhan siaran televisyen, atau kemudahan menonton platform penstriman kegemaran semata-mata untuk bingewatch siri-siri yang tertinggal dalam keselesaan paling optimum. 

Kamar di lantai 22, W Kuala Lumpur - Gambar oleh Rahayu Mat Nah
Kamar di lantai 22, W Kuala Lumpur - Gambar oleh Rahayu Mat Nah

Penulis pula selalu menitik beratkan keselesaan katil dan pemandangan di luar jendela. Lapang minda dan jiwa jika boleh melihat pemandangan yang indah dan menarik. 

Penulis beroleh kedua-duanya ketika percutian singkat di hotel kali ini. Kamar yang diberikan juga sangat luas, tidak seperti kebanyakan hotel baharu di Kuala Lumpur. Mudah untuk bentang sejadah bila tiba waktu solat dan tidaklah rasa dihimpit empat dinding yang menyesakkan nafas.

Pemandangan luar dari jendela kamar. Tirai 'black out' disediakan jika anda rasakan sinaran lampu neon kota raya mengganggu tidur anda - Gambar oleh Ili Farhana
Pemandangan luar dari jendela kamar. Tirai 'black out' disediakan jika anda rasakan sinaran lampu neon kota raya mengganggu tidur anda - Gambar oleh Ili Farhana

 

Kesediaan Tempat Letak Kereta

Carilah hotel atau tempat penginapan yang mempunyai tempat letak kereta khas dan selamat. 

Jika kereta diletakkan di tempat letak kereta awam, anda perlu menyediakan kupon parkir atau sentiasa keluar memeriksa keselamatan kereta anda. 

Tempat letak kereta yang cerah dan selamat membantu, terutamanya buat mereka yang bercuti secara solo - Gambar hiasan Pexels
Tempat letak kereta yang cerah dan selamat membantu, terutamanya buat mereka yang bercuti secara solo - Gambar hiasan Pexels

Kalau tidak ditangani dengan betul, boleh mengganggu acara rehat anda. Bukankah tadinya niat untuk tidak keluar dari hotel selagi boleh? 

Jika hotel anda menyediakan tempat letak kereta, pastikan anda mengesahkan tiket parkir anda sebelum daftar keluar. 

Selesai sudah sedikit sebanyak perkongsian daripada kami. Semoga anda melangkah memasuki tahun baharu dengan bebas tekanan dari semua arah.

Jika perlu ‘recharge’, janganlah teragak-agak untuk keluar dari ruang kebiasaan, ambil cuti singkat dan gembirakan hati anda. Selamat tahun baharu dan selamat bercuti! - Getaran, 25 Disember 2022

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

24 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Sudahlah Mengaku Guna Kabel, Sempat Pula Ke Karaoke!

2

Semasa 5 bulan yang lalu

2.3 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sepanjang Cuti Deepavali - LLM

3

Luar Negara 5 bulan yang lalu

UAE Sedia Rawat 1,000 Kanak-Kanak Palestin Yang Cedera

4

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Bandar Raya New York Benarkan Laungan Azan Setiap Jumaat, Ramadan

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut