web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenikmatan Dim Sum Halal di Canning Dim Sum Ipoh

Suka makan dim sum tapi sukar cari yang halal? Boleh cuba Canning Dim Sum di Ipoh.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 11:59AM

Gambar: Shah Shamshiri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berkat masyarakat majmuk yang ada di negara kita, Malaysia tidak pernah lekang dari ajnas pilihan makanan yang lazat dan unik.

Selain nasi dan mi yang sering menjadi bahan makanan utama penduduk Malaysia, ada banyak lagi sajian lain yang tidak kurang menarik. Salah satu yang dimaksudkan adalah dim sum.

Dim Sum merupakan sejenis makanan yang berasal dari negara China. Ia terdiri daripada beberapa sajian kecil yang pada kebiasaannya dinikmati secara tradisional di restoran dalam mangkuk-mangkuk khas yang diperbuat daripada kayu oleh kumpulan etnik Kantonis untuk sarapan dan makan tengah hari.

Terdapat banyak restoran khas yang menjual makanan istimewa ini, lebih-lebih lagi di ibu kota Kuala Lumpur sejak bertahun lalu. Walau bagaimanapun pengenalan menu ini kepada rakyat Malaysia pada awalnya terhad kepada mereka yang bukan beragama Islam. Ini kerana ramuan asalnya biasanya mengandungi bahan-bahan yang tidak halal.

Namun sejak menjadi semakin popular sejak beberapa tahun yang lepas, ramai pengusaha tempatan yang telah mengambil langkah inovatif untuk menghasilkan dim sum yang halal. Ini telah membuka pasaran dim sum menjadi lebih luas di negara kita.

Sememangnya kini terdapat banyak tempat yang menjual dim sum halal di Malaysia khasnya di ibu kota. Sungguhpun demikian, terdapat sebuah restoran dim sum yang agak terkenal dan menjadi tumpuan ramai di Bandaraya Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri

Restoran yang dikenali sebagai Canning Dim Sum di Ipoh ini menjadi tersohor kerana dim sum yang mereka jual berstatus halal. Ini telah mengundang ramai pelanggan beragama Islam untuk mengunjungi premis ini dan menikmati aneka sajian yang ada.

Tersergam di kawasan popular Taman Canning atau Canning Garden, restoran ini memang terkenal di Ipoh kerana menyajikan dim sum serta beberapa menu pilihan masakan Cina yang halal. Biarpun buka di waktu siang sahaja dan tutup setiap hari Rabu, namun ia memang menjadi destinasi pilihan para penduduk Ipoh dan juga mereka yang datang dari luar kota.

Antara menu yang wajib dicuba sudah tentulah aneka pau mereka yang mempunyai pelbagai inti dan perasa. Dari inti berupa adunan telur masin hinggalah yang lebih umum seperti daging, ayam dan kaya, semuanya terbukti lazat menurut kebanyakan pengunjung yang pernah ke sini.

Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri

Menu dim sum mereka juga menawarkan ‘Siew Mai’ berisi makanan laut seperti udang dan ketam, gumpalan ubi dan keledek berisi aneka sayuran serta lobak goreng berperisa. Tidak ketinggalan juga adalah bubur tradisional di samping nasi goreng Cina.

Mereka juga mempunyai menu khas Siew Mai telur ikan ‘caviar’ bersama abalon serta satu lagi sajian kegemaran iaitu pulut bersama cendawan yang merupakan sebuah resepi pilihan bangsa Cina.

Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri

Terdapat juga menu gorengan berisi sayur tahu dan tauge yang dilengkapi dengan lobak putih dan bahan lain seumpamanya. Malah menu yang dinyatakan di sini hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada sajian yang ditawarkan di restoran ini.

Di samping rekaan dalaman dan luaran bangunannya yang menarik, perkhidmatan yang diberikan juga sangat cekap dan pantas. Ini merupakan sesuatu yang sering diutamakan oleh setiap orang yang berkunjung ke restoran ini.

Jadi, sekiranya berpeluang ke Ipoh pastikan anda mencuba aneka hidangan di restoran ini. Kami yakin anda akan sentiasa mencari alasan untuk kembali  lagi. - Getaran, 29 Januari 2021  

Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri

Isu Pada

Kaka Azraff

29 Jan 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kilang Ubat Di Ipoh Musnah Terbakar

4

Selera 2 tahun yang lalu

Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini