Berita Terkini

1 jam yang lalu: Malaysia harap UAE bawa isu Palestin dan Myanmar ke Majlis Keselamatan PBB 1 jam yang lalu: Majoriti penduduk dewasa Singapura lihat perlumbaan F1 bawa impak positif ke atas republik itu- YouGov 1 jam yang lalu: Ambank bayar RM2.83 bilion kepada kerajaan Malaysia berhubung skandal 1MDB 1 jam yang lalu: Tunku Panglima Johor Juara PRO-AM GT3 Asia 1 jam yang lalu: Tiada rasuah libatkan peruntukan KBS kepada persatuan sukan - Ahmad Faizal

IKUTI KAMI


JPN, PPD Tidak Boleh Minta Data Markah PBD Murid Dari Guru

Semasa Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 1:26PM

Sistem perekodan data yang dijangka bermula hujung tahun ini merupakan platform untuk guru-guru memasukkan markah PBD pelajar. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tidak boleh lagi meminta data pemarkahan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dari guru-guru, susulan pelaksanaan sistem perekodan data yang dijangka bermula hujung tahun ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata sistem perekodan data itu, yang merupakan satu platform untuk guru-guru memasukkan markah PBD pelajar Tahun Empat, Lima, Enam dan Tingkatan Satu, Dua, Tiga, bakal meringankan tugas guru kerana tidak perlu memasukkan data yang sama berulang kali, dalam sistem yang berlainan.

“Antara cabaran utama yang kita terima apabila guru-guru sampaikan pada kita (ialah) apabila masukkan markah PBD, perlu masukkan mengikut templat yang disediakan di peringkat sekolah, kemudian PPD pula minta supaya dimasukkan dalam sistem mereka, selang sekejap, JPN pula minta supaya dimasukkan ke dalam sistem mereka juga.

“Cikgu jadi kecewa bila nak kena masukkan benda yang sama berkali-kali,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Wadah Aspirasi Menteri Kanan Pendidikan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Radzi berkata platform yang sedang dibangunkan itu akan membolehkan data pelajar hanya dikongsikan antara guru dan Kementerian Pendidikan (KPM) sahaja, namun PPD dan JPN masih boleh mendapatkan data tertentu dengan kebenaran.

Beliau berkata pelaksanaan sistem itu kelak dapat menambah kecekapan sistem pendidikan serta membolehkan supaya tugasan guru itu dapat ditingkatkan efisiensinya.

Mengulas lanjut, Radzi berkata melalui data yang dimasukkan ke dalam platform khas itu, KPM boleh mengenal pasti sekiranya sesebuah sekolah itu memerlukan intervensi dari kementerian.

“Bila kita dapat data seluruh negara, kita boleh cerakinkan data ini mengikut negeri, PPD, kawasan dan sebagainya untuk kita lihat sekiranya perlu mendapat intervensi, katakanlah satu PPD ni, Bahasa Inggerisnya jauh ketinggalan dari yang lain, mungkin kerana tidak ramai guru Bahasa Inggeris di kawasan tersebut. 

“Jadi kita boleh perincikan, cerakinkan mengikut keperluan kita.. melalui data tersebut membolehkan kita menyusun apakah intervensi yang bersesuaian,” katanya.

Sementara itu, ditanya adakah KPM bercadang untuk mewujudkan satu silibus khusus berkaitan rasuah susulan cadangan beberapa pihak yang mahu perkara berkaitan rasuah dimasukkan dalam sistem pendidikan, Radzi berkata nilai-nilai moral telah diterapkan kepada pelajar melalui pelbagai mata pelajaran.

“Apa paling pentingnya kita lihat dalam konteks yang ingin kita laksanakan kita sedar bahawa integriti, etika ini merupakan antara perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam sistem pendidikan kita,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Solat Jenazah Ghaib Ke Atas Sheikh Yusuf Al-Qaradawi Di 3 Masjid Malam Ini

2

Jenayah Seksual Kanak-Kanak Tidak Libatkan Sentuhan Fizikal Dijangka Meningkat - Bukit Aman

3

Shafee Nafi Najib Terima Layanan Istimewa

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Barang Kemas, Jam Dan Beg Tangan Disita Dari Pavilion Hasil Penyelewengan Dana 1MDB - DPP

Semasa 14 minit yang lalu

Guan Eng Terus Gesa SPRM Siasat Isu Nik Mohamad Abduh, Pastikan ‘Ketelusan’

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

Semak Keputusan Mahkamah Seksyen: Zizie Izette Mohon Kes Didengar Bersama Permohonan Bung Moktar

Politik 1 hari yang lalu

Saravanan, Berhentilah Salahkan Orang Lain, Kami Berjuang Untuk Kepentingan Semua - DAP

oleh Sophia Ahmad