web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pusat Hiburan Degil Diserbu

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2021 4:04PM

Sebuah pusat hiburan di ibu kota diserbu kerana gagal mematuhi PKPB.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah pusat hiburan di ibu negara yang masih berdegil meneruskan operasi perniagaan tanpa menghiraukan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), diserbu semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 8.30 malam tadi, seramai 32 pengunjung, seorang pemilik premis dan empat pekerja berusia antara 20 hingga 50 tahun diperiksa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zainal Abdullah berkata, pusat hiburan terbabit beroperasi dengan lesen sah yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bagaimanapun, dibawah perintah PKPB, perniagaan seperti pusat hiburan masih tidak dibenarkan beroperasi.

"Justeru, seramai 18 lelaki dan tujuh wanita tempatan iaitu pengunjung dan pemilik premis terbabit dikenakan kompaun di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 4) 2021.

"Pemilik premis itu dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 manakala pengunjungnya dikompaun RM5,000 setiap seorang," katanya hari ini.

Menurut Mohamad Zainal, dalam serbuan sama, seramai empat lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita warga Thailand ditahan mengikut Sekyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Sementara itu, seramai tujuh wanita warga Thailand ditahan di bawah Seksyen 56 (1) (l) Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki memiliki permit/dokumen perjalanan memasuki Malaysia yang palsu," katanya.

Mohamad Zainal turut memberi amaran kepada orang ramai, warganegara asing dan pengusaha pusat hiburan supaya terus mematuhi PKPB.

"Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.4) 2021 dan lain-lain peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa," katanya. - Getaran, 10 April 2021
 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar