web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Demensia: Kerajaan Digesa Fokus Sokongan Perubatan, Pastikan Pakar Mencukupi 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 6:54AM

Tahap kesedaran masyarakat terhadap demensia dilihat masih terlalu rendah terutama dalam soal penjagaan oleh kalangan ahli keluarga. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan disyorkan memberi tumpuan sewajarnya terhadap kepentingan sokongan perubatan demensia, termasuk mempertingkat pendidikan kesihatan untuk orang awam. 

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, tahap kesedaran masyarakat terhadap demensia dilihat masih terlalu rendah terutama dalam soal penjagaan oleh kalangan ahli keluarga.

"Ada pesakit yang terbiar. Tidak mudah sebenarnya (pengurusan pesakit demensia)," katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Beliau menyatakan demikian susulan pendedahan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bahawa bapa mertuanya, yang juga Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini mengalami penyakit itu.

Menerusi pendedahan itu, Khairy berkata, keluarganya mungkin mampu mendapatkan sokongan perubatan profesional untuk Abdullah, tetapi situasi yang sama mungkin tidak dapat diperolehi atau diakses oleh sebahagian besar keluarga pesakit demensia di negara ini.

Kementerian Kesihatan jelas beliau lagi, sedang merangka Kertas Putih Kesihatan yang turut merangkumi usaha pemerkasaan dan pelaburan bagi memastikan pesakit mendapat akses penjagaan di rumah.

Dalam perkembangan berkaitan Dr Zainal Ariffin berkata, kerajaan juga dicadangkan mewujudkan perkhidmatan bantuan pengurusan untuk ahli keluarga dan penjaga yang berkenaan.

“Pihak berwajib perlu mewujudkan pusat bantuan jagaan pesakit demensia bagi golongan yang kurang berkemampuan. Ada pesakit tidak dapat memperoleh penjagaan terbaik kerana kekangan kewangan waris dan ahli keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, negara perlu merancang untuk melatih lebih ramai pakar bidang perubatan dalaman (internal medicine) dan subkepakaran dalam bidang terbabit. 

Beliau berkata, Malaysia juga perlu memiliki pakar yang cukup di bidang awam kerana ramai antara nereka lebih memilih untuk berkhidmat di bidang perubatan swasta yang dikatakan lebih menguntungkan. 

"Satu kajian pada 2018 menyatakan bahawa di Malaysia terdapat 15,000 to 20,000 pesakit Parkinson dan ini akan meningkat lagi akibat lebih ramai lagi warga emas Malaysia pada tahun 2030.  Jabatan Statistik menjangka bilangan kes akan meningkat lima kali ganda pada tahun 2040 kelak.

"Dengan Malaysia menjadi sebagai negara 'tua' maka lebih ramai lagi rakyat akan terdedah ke masalah kognitif, masalah ingatan dan koordinasi badan yang boleh terjadi dari peringkat sedikit ke teruk. Ini mengurangkan kapasiti bekerja dan mobilisasi pesakit. Malangnya nisbah pakar bidang geriatrik dan rehabilitasi adalah sangat kecil dan menyukarkan orang ramai menerima diagnosis tepat dan rawatan awal," katanya. - Getaran, 14 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Sambut Presiden Singapura, Beri Sambutan Negara Di Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

Serangan Terhadap Joe Zakaria Cetus Kebimbangan, Tahap Keselamatan Pengkritik Bola Sepak Jadi Persoalan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Melaka Lulus RUU, Bolehkan Pelantikan 7 ADUN Tanpa Pilihan Raya

oleh Sophia Ahmad