web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKR Bersiap Siaga Hadapi Kemungkinan Banjir Besar - Fadillah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 2:52PM

MetMalaysia meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS -  Kementerian Kerja Raya (KKR) telah bersiap siaga bagi menghadapi bencana banjir susulan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan banjir besar akan melanda beberapa negeri Semenanjung menjelang November ini.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, Bilik Gerakan Bencana (BIGBEN) KKR di ibu pejabat akan segera beroperasi disusuli daerah terlibat akan memantau perkembangan banjir dari semasa ke semasa.

"Di peringkat Jabatan Kerja Raya (JKR) dan KKR, kita nak menjaga infrastruktur dan perhubungan jalan agar tidak terputus khususnya bila berlaku banjir besar kerana mahu memastikan ada laluan yang boleh dilalui pasukan penyelamat serta pasukan kecemasan untuk memberi bantuan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan projek pembinaan jalan dua lorong kepada empat lorong dari Permatang Pak Elong hingga ke Jambatan Merdeka, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KKR Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman dan Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Seri Mohamad Zulkefly Sulaiman.

Media melaporkan MetMalaysia meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, dengan risiko berlaku hujan lebat berterusan serta banjir berskala besar.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata KKR juga akan membuat pemantauan berterusan di jalan-jalan terkesan banjir dan menyalurkan maklumat terkini kepada pengguna jalan raya bagi memastikan mereka tidak menggunakan laluan terjejas banjir.

"Selain itu, kita akan pantau serta menyediakan bantuan termasuk kenderaan kepada pasukan penyelamat sama ada di peringkat daerah atau negeri,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Hari Gawai: Lambang Perpaduan Rakyat Sarawak, Contoh Keharmonian Malaysia - Fadillah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Media Beretika Tonggak Demokrasi, Perpaduan Negara - Fadillah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Peranan Ibu Semakin Mencabar, Krisis Global Beri Kesan Kepada Keluarga - Fadillah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad