web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pensyarah dan Guru Al-Quran Juarai Tilawah Al-Quran Perlis 2021

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2021 8:18AM

Mohamad Anas dan Nur Syafirah muncul johan Tilawah al-Quran peringkat negeri Perlis 2021 yang diadakan secara maya. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Talaqi secara maya tidak menjadi penghalang buat seorang pensyarah dan guru al-Quran muncul sebagai Johan Tilawah al-Quran peringkat negeri Perlis 2021.

Johan Qari pada tahun ini ialah Mohamad Anas Abdul Hadi, 32 , seorang pensyarah dalam bidang Usuludin di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP) dan Johan Qariah Nur Syafirah Jusoh, 34 pula merupakan guru al-Quran di Jejawi, Arau.

Mohamad Anas berkata sekatan perjalanan  akibat wabak COVID-19 tidak menghalang beliau untuk terus bertalaqi membetulkan bacaan al-Quran secara maya.

"Saya menggunakan aplikasi WhatsApp bagi menghantar audio bacaan al-Quran kepada guru saya yang berada di Malaysia dan Jordan.

Walaupun pada awalnya agak kekok namun akhirnya ianya jadi satu kebiasaan," katanya kepada Bernama  di sini malam ini.

Turut berkongsi pengalaman sama, Nur Syafirah berkata beliau menghabiskan masa satu jam sehari bertalaqi dengan guru menggunakan aplikasi zoom.

"Saya harap wabak COVID-19 cepat berakhir agar dapat segera bertalaqi secara bersemuka dengan guru al-Quran kerana ianya lebih memberi kepuasaan kepada saya," kata ibu kepada lima orang anak itu.

Qari dan qariah  masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta hadiah iringan disampaikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Berangkat sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda berdua Sharifah Khatreena Nuraniah Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Pemenang akan mewakili negeri Perlis ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur dari 13 hingga 18 Jun tahun ini. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad