web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Siasat Beberapa Anggota Merokok Di Kedai Makan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2021 8:02AM

Polis akan menyiasat sama ada berlaku perlanggaran tatatertib dan kor etika PDRM berhubung beberapa anggota berpakaian uniform merokok di sebuah gerai makan. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis Perak menjalankan siasatan tatatertib berhubung isu beberapa anggotanya berpakaian uniform yang merokok selepas selesai menjalankan tugas di sebuah gerai makan di Pasir Puteh di sini, seperti yang tular dalam laman sosial hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamed Nordin Abdullah berkata tindakan itu dibuat bagi mengenal pasti sama ada terdapat sebarang pelanggaran tatatertib atau kor etika Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh anggota terbabit.

“Semakan PDRM Daerah Ipoh mendapati individu dalam gambar tersebut merupakan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

“Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pasir Puteh mengenai perkara yang tular berkenaan untuk dirujuk kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tindakan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Nordin berkata isu berkenaan telah ditularkan oleh pengguna laman media sosial Facebook, Araa Qisha dan turut dikongsikan laman Facebook Public Health Malaysia yang mendapat perhatian umum.

“Saya ingin menegaskan pihak PDRM Daerah Ipoh sentiasa menjalankan amanah dengan adil, telus dan profesional dan anggota polis juga tertakluk kepada pematuhan undang-undang yang sedang berkuat kuasa di negara ini,” katanya.

Mohamed Nordin berkata pihaknya turut mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai perkhidmatan mereka namun diharapkan agar segala permasalahan dan aduan tentang tingkah laku atau perkhidmatan dapat disalurkan melalui saluran yang betul iaitu dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Ipoh di talian 05-2542222. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 16 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad