web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Percaya Kuasa Ghaib Punca Bomoh Scammer Wujud

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2021 8:48AM

Kerugian sebanyak RRM3.04 juta dilaporkan sepanjang 2019 melibatkan Bomoh Scammer. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kepercayaan melampau terhadap kuasa ghaib oleh segelintir rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan pegangan agama dikenalpasti sebagai antara faktor yang menyumbang kepada kewujudan bomoh penipu, atau lebih dikenali sebagai Bomoh Scammer.

Walaupun Malaysia pada hari ini sudah pun hampir mencapai sasaran berstatus negara maju namun khidmat bomoh dalam menyelesaikan ‘masalah’ masih ditagih.

Justeru, tidak hairanlah jika penipuan membabitkan bomoh ini masih berlaku kerana khidmat mereka kekal menjadi dambaan segelintir masyarakat.

Berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, sebanyak 56 kes dilaporkan berlaku sepanjang tahun 2019 membabitkan Bomoh Scammer dengan kerugian RM3.04 juta.

Bagaimanapun, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi mengawal pandemik COVID-19 pada tahun lalu menyumbang kepada pengurangan kes, iaitu hanya 12 dengan jumlah kerugian RM533,370.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, terdapat tiga modus operandi yang kerap digunakan Bomoh Scammer untuk memperdayakan mangsa.

Antara lain menurutnya, suspek akan menghubungi mangsa untuk meminta wang, kononnya mahu menjalankan upacara sembahyang bagi memperbaiki nasib mereka sekeluarga.

“Kebiasaannya, suspek akan berjanji memulangkan kembali wang berkenaan selepas upacara selesai dijalankan, menyebabkan mangsa terpedaya dengan helah ini.

“Selepas beberapa hari, wang itu tidak dikembalikan, sebaliknya suspek lesap tanpa berita,” katanya kepada Getaran.

Zainuddin berkata, ada juga kes yang dilaporkan membabitkan suspek mendatangi mangsa dan menceritakan bahawa keluarganya terkena jampi bomoh lain atau mendapat sial.

“Mangsa kemudiannya diminta menyerahkan wang dan barang kemas untuk upacara sembahyang bagi mengelakkan jampi berkenaan, namun selepas ia selesai, bomoh itu cabut lari dengan ‘hasil’ diperolehnya,” katanya.

Beliau menarik perhatian, ada juga mangsa menerima risalah berkenaan kebolehan seorang bomoh untuk membantu mendapatkan kemenangan dalam judi nombor ramalan.

“Pengadu yang terpengaruh kemudian akan menghubungi bomoh berkenaan, sebelum diminta memasukkan sejumlah wang bagi membolehkan upacara sembahyang dilakukan untuk ‘membersihkan’ diri pengadu.

“Biasanya, bomoh berkenaan akan meminta wang berkali-kali dengan pelbagai alasan berbeza, namun kemenangan yang dijanjikan tetap tidak diperoleh menyebabkan mangsa akhirnya sedar mereka sudah ditipu,” katanya. - Getaran, 8 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 15 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad