web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Kawasan Di KL, Gombak Terima Bekalan Air Sepenuhnya - Air Selangor

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2021 8:50PM

Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima daripada 58 kawasan yang terjejas di Kuala Lumpur dan Gombak telah menerima bekalan air sepenuhnya pada pukul 3 petang hari ini, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor). 

Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri dalam satu kenyataan hari ini berkata lima kawasan yang bekalan air pulih sepenuhnya ialah Kementerian Pertahanan, Pusat Latihan Polis, Taman Dato Ahmad Razali, Taman Putra Sulaiman dan Seksyen 4 Wangsa Maju.

Beliau berkata gangguan bekalan air itu adalah disebabkan kerja-kerja penggantian injap pada saluran paip air mentah dari Empangan Klang Gate yang menyebabkan penutupan sementara operasi Loji Rawatan Air di Bukit Nanas dan Wangsa Maju semalam.

Elina berkata tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berbeza berdasarkan jarak premis pengguna dan tekanan air pada sistem pengagihan.

“Air Selangor ingin menasihatkan pelanggan yang menerima bekalan air supaya memastikan air yang keluar daripada paip adalah jernih sebelum menggunakannya untuk kegunaan harian,” kata beliau.

Elina juga berkata Air Selangor berharap mereka yang sudah menerima bekalan air supaya menggunakannya secara berhemat bagi membolehkan proses pemulihan di kawasan lain yang terjejas berjalan dengan lancar seperti dijadualkan.

Status pemulihan bekalan air akan dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawangnya www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Twitter dan Instagram atau dengan menghubungi pusat panggilan di talian 15300. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Gombak Lumpuhkan 2 Sindiket Dadah, Rampasan Bernilai Lebih RM7 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad