web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Industri Kebudayaan Dan Kesenian Rugi RM85 Juta Akibat Pandemik COVID-19

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2021 1:45PM

Nancy Shukri - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Penggiat industri kebudayaan dan kesenian kerugian kira-kira RM85 juta dalam tempoh setahun akibat pandemik COVID-19, demikian menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Berikutan perkembangan itu, beliau melihat pentingnya keperluan untuk memulihkan semula badan bukan kerajaan (NGO) kebudayaan bagi membolehkan sektor yang berkaitan seni, budaya dan warisan bergerak aktif walaupun dalam situasi serba mencabar masa kini.

Nancy dalam kenyataan hari ini, memaklumkan sebanyak RM2.21 juta diperuntukkan kepada 217 NGO pada tahun lepas bagi menyemarakkan industri seni, budaya dan warisan.

Daripada jumlah keseluruhan peruntukan yang diluluskan Jawatankuasa Panel Penilai Kebudayaan (JPPK) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu, RM1.63 juta adalah untuk 30 permohonan bantuan kegiatan persatuan, manakala RM582,500 disalurkan kepada 187 persatuan yang terkesan akibat pandemik COVID-19, katanya.

Bagi membolehkan NGO kebudayaan bergerak aktif semula dalam situasi mencabar ketika ini, Nancy memaklumkan bahawa sesi libat urus diadakan secara berperingkat bagi memberi peluang kepada NGO dan MOTAC berkongsi pendapat serta bertukar pandangan.

Dalam sesi libat urus yang telah diadakan antara NGO berkaitan yang hadir adalah Persatuan Seni Bangsawan Bintang Timur, Persatuan Seni dan Teater Selangor, Persatuan Pemuzik Malaysia dan Persatuan Karyawan Malaysia.

Berkongsi mengenai cadangan yang disuarakan sektor seni persembahan yang mahu lebih penonton fizikal iaitu sekurang-kurangnya 50 peratus kapasiti, Nancy berkata keperluan itu bergantung kepada situasi COVID-19 dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti persembahan.

“MOTAC dari semasa ke semasa menyediakan SOP bagi membolehkan pembukaan semula sektor-sektor kebudayaan, namun keputusannya adalah tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan,” kata Nancy.

Mengenai cadangan wakil industri muzik agar dana disuntik oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan MOTAC supaya persembahan muzik di hotel diaktifkan semula, beliau berkata perkara tersebut akan diteliti sebelum diusulkan kepada KKMM. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Budaya 3 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Lelaki: Malaysia Catat Peningkatan Ketara - Nancy

3

Budaya 1 bulan yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

4

Budaya 1 bulan yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad