web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembentangan Bajet Diawalkan Perkara Biasa - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 6:03PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seolah-olah mengukuhkan laporan mengenai pembentangan bajet 2023 yang bakal diawalkan, namun tidak memperincikan tarikh sebenar.

Beliau berkata, langkah pembentangan bajet lebih awal bukan satu perkara yang luar biasa kerana ia telah pun dilakukan pada zaman mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

“Itu perkara biasa. Dahulu masa Pak Lah pun September,” katanya ringkas kepada pemberita selepas melancarkan program Karnival Usha Niaga Keluarga Malaysia hari ini.

Diminta mengesahkan sama ada pembentangan tersebut akan dilakukan 7 September seperti dilaporkan sebelum ini, beliau berkata, tarikh terbabit akan diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar kelak.

Hari ini, beberapa media melaporkan bahawa Bajet 2023 yang dijadualkan dibentangkan pada 28 Oktober, bakal diadakan lebih awal.

Ia kini dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober, tiga minggu lebih awal daripada yang dijadualkan.

Ismail Sabri sebelum ini memberi gambaran bahawa Bajet 2023 disusun berteraskan kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat, dengan mengambil kira cabaran yang bakal dihadapi tahun hadapan. 

Beliau berkata, antara tumpuan utama dalam Bajet 2023 adalah untuk memastikan pemulihan pasca COVID-19 yang turut mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat serta kelangsungan perniagaan. 

Karnival Usha Niaga Keluarga Malaysia anjuran UDA Holdings Berhad (UDA) berlangsung dari Ogos hingga Oktober melibatkan pelbagai tempat dengan sasaran 100 usahawan di setiap lokasi. 

Selain Odeon Walk, ia turut berlangsung di Pusat Komersial Tasek Gelugor, Pulau Pinang (16 - 18 September), Serambi Teruntum Kuantan, Pahang (23 - 25 September), Angsana Ipoh Mall, Perak (30 September - 2 Oktober) dan Angsana Johor Bahru Mall, Johor (21 - 23 Oktober) - Getaran, 26 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad