web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Sekolah Di Melaka Ditutup 3 Hari Akibat Covid - Exco

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 4:33PM

Datuk Rahmad Mariman - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Dua sekolah rendah di negeri ini ditutup tiga hari susulan terdapat warga sekolah dan murid dikesan positif COVID-19 iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram dan SK Pengkalan Balak membabitkan Kluster Jalan Kenanga.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata SK Jeram merekodkan empat kes membabitkan guru dan kakitangan manakala SK Pengkalan Balak pula melibatkan tiga guru dan tiga murid.

“SK Jeram ditutup bermula semalam hingga esok manakala SK Pengkalan Balak pula bermula esok hingga Jumaat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rahmad berkata penularan COVID-19 turut dikesan di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) melibatkan dua kes di bawah kluster sama dalam kalangan kakitangannya namun, institusi pendidikan berkenaan tidak ditutup.

Beliau berkata seramai 298 kontak rapat, sosial dan tempat kerja telah dikesan membabitkan Kluster Jalan Kenanga dengan 207 individu telah disaring dan 25 daripadanya positif COVID-19.

Sementara itu, beliau berkata bagi Kluster Jalan Mata Kuching pula, seramai 67 kontak rapat telah disaring dengan 16 daripadanya positif pandemik berkenaan.

Rahmad berkata disinfeksi telah dilakukan di tempat terlibat oleh Unit Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS), Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad