web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Bank Patut Jaga Pelanggan’, Warganet Kritik CIMB, Mahu Sistem Keselamatan Dipertingkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 5:20PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saranan CIMB Bank Berhad (CIMB) agar pelanggannya sentiasa berwaspada dan memainkan peranan dalam melindungi diri daripada menjadi mangsa jenayah siber, disambut dengan kritikan warganet ekoran isu kes akaun digodam menyebabkan wang simpanan lesap seperti dilaporkan sebelum ini.

Rata-rata komen ditinggalkan menerusi saranan diberikan di facebook CIMB Malaysia, mendesak institusi kewangan itu tidak hanya memberikan nasihat, sebaliknya mempertingkatkan sistem keselamatannya bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Pengguna, Ken Seng Chiew berkata, sistem keselamatan bank tersebut perlu diperbaiki, terutama isu kehilangan wang simpanan bukan kes terpencil apabila kerap dilaporkan berlaku.

Zakwan Zahit pula menulis, sewajarnya pelanggan yang menggesa CIMB supaya berwaspada pada setiap masa dan memainkan peranan dalam melindungi diri mereka daripada jenayah siber.

Manakala, Hagia Sophia meminta CIMB peka dengan masalah terjadi dan memulangkan semula wang yang hilang itu.

“Tolong beri kami percaya semula pada sistem CIMB sebelum kami boikot,” katanya.

Seorang pengguna lain, Normaliza Mahadi berkata, kes kehilangan duit adalah disebabkan keselamatan bank yang lemah dan bukan kerana pelanggan berkongsi sebarang butiran dengan orang lain.

“Kalau bank tak boleh lindungi pelanggan daripada jenayah siber, tutup sahajalah bank tu. Pelanggan hilang duit sebab bank bukan sebab pelanggan.

“Pelanggan kena semak semua benda supaya duit selamat atau bank yang kena pastikan keselamatan pelanggan?” soalnya.

Beberapa pengguna juga meninggalkan komen ‘lemah’ bagi merujuk kepada sistem keselamatan bank tersebut yang didakwa lemah.

Terdahulu, CIMB menerusi laman sosial itu meminta pelanggannya tidak berkongsi butiran seperti kata laluan satu kali (OTP), nombor kad, ID pengguna, nombor pin, kod kebenaran transaksi (TAC) atau kata laluan dengan sesiapa.

Pelanggan juga diminta tidak memasukkan butiran tersebut pada mana-mana laman web selain CIMB Clicks dan aplikasi perbankan mudah alih CIMB.

“Semua pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi pusat panggilan kami dengan segera di 03-62047788 sekiranya terdapat transaksi atau aktiviti mencurigakan. Rujuk laman cimb.com.my/sec untuk info lanjut,” katanya.

Getaran sebelum ini melaporkan, Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah kerugian RM13,000 selepas tiga transaksi tidak sah dibuat menggunakan akaun simpanannya.

Tanpa berselindung, beliau meluahkan kekecewaan terhadap tahap keselamatan CIMB yang terlalu mudah dibolosi.

Dr Rafidah berkata, terdapat tiga transaksi melalui aplikasi telefon pintar bank terbabit yang dibuat sekitar jam 2 hingga 2.30 pagi tanpa beliau menerima TAC.

Menurutnya, berdasarkan maklum balas institusi perbankan terbabit, beliau ada tertekan pautan beberapa hari lalu yang membenarkan sebuah lagi peranti untuk didaftar ke akaun miliknya.

Getaran sedang berusaha menghubungi CIMB dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) untuk mendapatkan maklum balas. - Getaran, 21 Ogos 2022

 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Kalau Menang CIMB Rising Start, Dapat Bimbingan Nyanyian Daripada Hael Husaini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

4

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad