web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akaun Digodam, RM13,000 Milik Pakar Buah Pinggang Lesap Jam 2 Pagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 4:19PM

Pakar terbabit kecewa terhadap tahap keselamatan CIMB yang terlalu mudah dibolosi. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah kerugian sebanyak RM13,000 selepas tiga transaksi tidak sah dibuat menggunakan akaun simpanannya.

Tanpa berselindung, beliau meluahkan kekecewaan terhadap tahap keselamatan CIMB yang terlalu mudah dibolosi.

Dr Rafidah berkata, terdapat tiga transaksi melalui aplikasi telefon pintar bank terbabit yang dibuat sekitar jam 2 hingga 2.30 pagi tanpa beliau menerima kod pengesahan transaksi (TAC).

Menurutnya, berdasarkan maklum balas syarikat perbankan terbabit, beliau ada tertekan pautan beberapa hari lalu yang membenarkan sebuah lagi peranti untuk didaftar ke akaun miliknya.

“Ia tidak masuk akal. Nampaknya duit tidak selamat dengan CIMB bank. Saya sudah laporkan ke CIMB, polis dan sebagainya. Setakat ini maklum balas (diterima) adalah kalau scammer sudah keluarkan duit, duit itu tidak akan dapat dipulangkan.

“Tidak apa, Saya reda. Yang pasti saya langsung hilang kepercayaan kepada CIMB. Saya akan tutup akaun dalam masa terdekat ini,” luahnya dalam satu hantaran di Facebook.

 

SELAMAT TINGGAL CIMB. Sudah hampir 30 tahun dengan CIMB. Hari ini sangat sangat kecewa dengan CIMB. Langsung tiada...

Posted by Rafidah Abdullah on Friday, August 19, 2022

Sementara itu dalam hantaran kedua Dr Rafidah berkata, beliau tidak pernah memuat naik sebarang aplikasi pelik dan sudah menstruktur semula telefonnya selepas menyahpasang semua aplikasi.

“Saya sudah buat laporan polis, CIMB, bank yang menerima duit saya (Hong Leong), emel semua dan saya telah hantar laporan ke Bank Negara Malaysia (BNM).

“Saya sudah anggap duit itu bukan rezeki saya. Tapi apa yang saya bimbang adalah apa yang saya baca. Nampak ramai sungguh yang terkena scam atau digodam begini. Sedih saya dengar makcik pakcik dan rakyat yang kehilangan pendapatan dan simpanan mereka,” katanya, kesal.

Susulan insiden, beliau menggesa BNM mengambil tindakan tegas terhadap CIMB dan mana-mana suarikat perbankan yang dikesan memberi laluan kepada perompak untuk mencuri hak rakyat Malaysia.

Dr Rafidah turut mempersoalkan maklum balas daripada pihak CIMB mengenai pautan yang membenarkan pihak ketiga mendaftar peranti lain ke akaun miliknya.

“Soalan saya senang sahaja, saya sudah mempunyai akaun CIMB hampir 30 tahun, pernah tak saya daftar dua telefon untuk akaun ini? Semestinya tidak.

“Telefon nombor pun tak pernah bertukar. Jadi, transaksi tiga kali ke iPhone 6 yang ‘telah didaftar’ itu tidak memerlukan TAC. 

“Nak daftar telefon baru pun tidak memerlukan TAC. Dah kenapa pula? Saya gesa CIMB untuk perketatkan sekuriti, hanya beri satu nombor sahaja untuk CIMB Click dan kalau ada daftar atau tukar “phone baharu atau lain”, tolonglah telefon tuan punya akaun,” tegasnya.

Tegasnya, perkara itu bukanlah terlalu mustahil untuk dilaksanakan, justeru beliau menjangkakan ia akan dibuat secepat mungkin.

“Gunalah sedikit otak. Ketatkan SOP (prosedur operasi standard). Ini hak individu masyarakat Malaysia.

“Ia adalah hasil titik peluh mereka,” katanya. - Getaran, 20 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Kalau Menang CIMB Rising Start, Dapat Bimbingan Nyanyian Daripada Hael Husaini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Terpedaya Tawaran Tender Pajak Ladang, Pengarah Syarikat Kelapa Sawit Rugi RM1.03 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Beku 41 Akaun Bank Milik Aman Palestin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kegagalan Kontraktor Bekal Senjata Api, KDN Rugi Lebih RM6 Juta - LKAN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad