web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kegagalan Kontraktor Bekal Senjata Api, KDN Rugi Lebih RM6 Juta - LKAN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2023 3:03PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengurusan dan kawal selia senjata api jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah kurang memuaskan, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.

Menurut laporan itu, terdapat kelemahan dalam penyediaan dasar berkenaan sukatan senjata api dan amunisi serta berlaku kes kehilangan senjata api milik jabatan dan agensi di bawah KDN.

Juga berlaku kelemahan tindakan penguatkuasaan Akta Senjata 1960 bagi pembaharuan lesen senjata api yang boleh menjejaskan kawalan senjata api oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain kelemahan pengurusan pelupusan senjata api boleh menimbulkan risiko keselamatan.

“Perjanjian bagi kontrak pelupusan ke atas pelbagai jenis senjata lama dan lusuh berserta aksesori milik PDRM telah ditandatangani antara KDN dengan Syarikat X pada 1 Oktober 2012 dengan tempoh perjanjian hingga 30 September 2014.

“Fasal lima perjanjian menyatakan nilai perjanjian tidak kurang daripada RM7.5 juta, merujuk kepada Surat Setuju Terima (SST) bertarikh 7 September 2012, syarikat berkenaan akan membekalkan senjata berserta aksesori dan mengadakan latihan selama dua hari sebagai gantian pelupusan pelbagai jenis senjata tersebut,” menurut laporan itu yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini.

Laporan itu memaklumkan semakan audit mendapati PDRM telah menyerahkan pelbagai jenis senjata lama dan lusuh berserta aksesori secara berperingkat antara 5 Oktober 2012 hingga 11 November 2014, bagaimanapun pada Oktober 2014 syarikat berkenaan hanya menyerahkan aksesori bernilai RM1.16 juta kepada PDRM.

“Semakan audit mendapati tiada tindakan susulan diambil oleh KDN terhadap syarikat berkenaan bagi memastikan ia memenuhi obligasi kontrak yang seterusnya menyebabkan kerugian kepada kerajaan dianggarkan berjumlah RM6.34 juta,” menurut laporan itu.

KDN dalam maklum balasnya terhadap perkara itu memberitahu sudah mengemukakan surat kepada syarikat berkenaan pada Jun lalu, menuntut agar obligasi kontrak tersebut dipenuhi segera dan jika gagal tindakan undang-undang akan diambil.

“KDN telah menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman untuk mendapatkan maklumat terperinci dan mencadangkan tindakan sewajarnya kepada pihak terlibat, selain akan membuat perolehan secara tender terbuka dan tidak akan melaksanakan perolehan senjata api secara perdagangan tukar barang,” menurut laporan berkenaan.

Menurut laporan itu lagi, perolehan yang tidak diurus dengan cekap menyebabkan PDRM tidak mendapat bekalan senjata api yang sepatutnya dan kerajaan akan menanggung kerugian sekiranya tindakan lebih tegas tidak diambil bagi memastikan syarikat memenuhi obligasi kontrak.

Pihak audit mengesyorkan supaya KDN dan PDRM memastikan syarat kontrak dipatuhi sepenuhnya supaya kerajaan memperoleh nilai terbaik bagi setiap perolehan yang dibuat, selain KDN dan PDRM juga hendaklah mengkaji dari aspek perundangan tindakan yang boleh diambil sekiranya syarikat gagal memenuhi obligasi kontrak. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Jalur Gemilang: Sin Chew Daily Diberi Surat Tunjuk Sebab, Siasatan Serta Merta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Israel Dibicarakan Kerana Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Warga Israel Tak Mengaku Salah Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

Semasa 17 jam yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Mesyuarat PH Negeri Sembilan Fokus Isu PRN, Bukan Mesyuarat Khas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Caj Melampau & Terima Ugutan, Pengguna Media Sosial Bimbang Keselamatan

oleh Amirah Abu Bakar