web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Warga Israel Tak Mengaku Salah Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2024 12:32PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lelaki warga Israel, Avitan Shalom yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, tidak mengaku bersalah atas pertuduhan memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 158 butir peluru.

Shalom, 38, yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini pada 27 Mac lalu kemudiannya meminta dibicarakan.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan disebat tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 (Akta 206) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hakim Tasmin Abu Bakar yang tidak membenarkan jaminan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 21 Mei ini.

Memetik laporan portal Bharian, Shalom dibawa masuk ke bilik mahkamah pada jam 9.30 pagi dan dikawal ketat empat anggota polis memakai penutup muka.

Sebelum ini, media melaporkan tertuduh didapati memasuki negara ini dari Emiriah Arab Bersatu pada 12 Mac menggunakan pasport Perancis.

Namun, hasil siasatan awal mendapati beliau turut memiliki pasport Israel dan mendakwa datang ke Malaysia untuk mencari serta membunuh seorang rakyat Israel yang terbabit dalam perbalahan keluarga.

Terdahulu, pada 8 April lalu, pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang kerana membekalkan senjata api kepada Shalom. - Getaran, 12 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Rakaman CCTV, Analisis Laporan Forensik Warga Israel Avitan Shalom Diserah 30 Julai

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Israel Dibicarakan Kerana Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Israel Akan Dituduh Esok - KPN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kegagalan Kontraktor Bekal Senjata Api, KDN Rugi Lebih RM6 Juta - LKAN

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar