web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Biden Umum Penubuhan Pejabat Cegah Keganasan Senjata Api

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 11:37AM

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HOUSTON (Amerika Syarikat) - Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan penubuhan Pejabat Pencegahan Keganasan Senjata Rumah Putih yang pertama seumpamanya di AS untuk menangani kes kematian akibat insiden tembakan.

“Senjata api adalah pembunuh nombor satu kanak-kanak di Amerika, berbanding kemalangan kereta, akibat kanser dan penyakit yang lain.

"Pada tahun 2023, setakat ini negara kita telah mengalami lebih daripada 500 insiden tembakan besar-besaran dan lebih 30,000 kematian akibat keganasan senjata api. Ini sama sekali tidak boleh diterima...Kita perlu bertindak sekarang,” kata Biden pada sidang akhbar Rumah Putih pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

Biden berkata pejabat baharu itu diwujudkan melalui perintah eksekutif yang bertujuan untuk mempercepatkan pelaksanaan Bipartisan Safer Communities Act yang diluluskan oleh Kongres tahun lepas.

Penubuhannya juga antara lain bertujuan untuk menyediakan khidmat sokongan kepada mangsa yang terselamat, keluarga dan komuniti yang terjejas, termasuk penjagaan kesihatan mental dan bantuan kewangan.

Presiden Biden berkata gabungan membanteras penggunaan senjata api secara haram, memerangi kumpulan penyeludupan senjata api dan pemeriksaan yang ketat akan menyumbang kepada mengurangkan keganasan senjata api.

Beliau turut berikrar untuk meneruskan usaha mengharamkan penyalahgunaan senjata api.

Naib Presiden Kamala Harris akan bertanggungjawab untuk menerajui pejabat baharu itu.

"Di negara kita hari ini, satu daripada lima orang telah kehilangan ahli keluarga akibat keganasan senjata api. Setiap hari, kira-kira 120 rakyat Amerika terbunuh dengan senjata api.

"Kita tidak boleh menormalkan semua ini. Ini bukan statistik semata-mata. Ini anak-anak kita, adik-beradik kita, ibu dan bapa kita,” kata Harris. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Israel Dibicarakan Kerana Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Warga Israel Tak Mengaku Salah Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Israel 'Tidak Melakukan Secukupnya Untuk Melindungi Pekerja Bantuan' Di Gaza - Biden

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya: Biden Peroleh Cukup Perwakilan Untuk Jadi Calon Presiden Parti Demokrat

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad