Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pilihan Raya: Biden Peroleh Cukup Perwakilan Untuk Jadi Calon Presiden Parti Demokrat

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2024 12:46PM

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sudah memperoleh cukup perwakilan untuk muncul sebagai calon presiden bagi Parti Demokrat pada pilihan raya presiden AS 2024.

Ini selepas Biden diramal memenangi pemilihan peringkat pusingan awal Demokrat di Georgia, menurut unjuran media AS pada Selasa.

Kemenangan Biden di Georgia menjadikan penyandang presiden itu mempunyai 1,968 perwakilan daripada jumlah keseluruhan 3,934 perwakilan yang diperlukan untuk secara rasmi menjadi calon Demokrat dan mewakili parti itu pada pilihan raya presiden AS, November ini, lapor Xinhua.

Sementara itu, bekas Presiden Donald Trump dijangka memenangi peringkat pusingan awal Republikan di Georgia pada Selasa dan semakin hampir dinamakan calon presiden bagi parti itu, sekali gus mengulangi pertembungan pilihan raya Presiden 2020 dengan Biden. - BERNAMA-XINHUA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Israel 'Tidak Melakukan Secukupnya Untuk Melindungi Pekerja Bantuan' Di Gaza - Biden

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Biden, Trump Muncul Pendahulu 'Super Tuesday', Hampiri Pertembungan Ulangan

3

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Biden Umum Penubuhan Pejabat Cegah Keganasan Senjata Api

4

Luar Negara 10 bulan yang lalu

Joe Biden Tersandung Di Majlis Graduasi Tentera Udara

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

3

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

4

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

5

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

6

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Isteri Didakwa Bunuh Nurman

Semasa 18 jam yang lalu

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Semasa 6 jam yang lalu

Kanak-kanak Perempuan Cedera Terjatuh Dari Tingkat 2 Pangsapuri