web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Biden, Trump Muncul Pendahulu 'Super Tuesday', Hampiri Pertembungan Ulangan

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2024 5:47PM

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump mendahului dalam pengundian 'Super Tuesday' semasa pemilihan peringkat pusingan awal (primari) parti masing-masing pada pilihan raya presiden AS 2024, lapor Xinhua.

Kemenangan kedua-dua pemimpin itu sekali gus bakal mengulangi pertembungan pilihan raya Presiden 2020.

Menurut unjuran media AS, Biden telah memenangi pemilihan peringkat awal Demokrat di Alabama, Massachusetts, Maine, Carolina Utara, Oklahoma, Tennessee, Virginia, Vermont, Arkansas, Texas, Colorado dan Minnesota, selain kokus parti di lowa.

Presiden itu dicabar oleh penulis ,Marianne Williamson dan Ahli Kongres, Dean Phillips dan telah memenangi pemilihan awal di Alabama, Massachusetts, Maine, Carolina Utara, Oklahoma, Tennessee, Virginia, Vermont, Arkansas, Texas, Colorado and Minnesota, kaukus parti di lowa, menurut unjuran awal media AS.

Sementara itu, Trump dijangka memenangi pemilihan peringkat awal Republikan di Alabama, Carolina Utara, Oklahoma, Tennessee, Virginia, Massachusetts, Colorado, Texas, Maine, Minnesota dan Arkansas.

Bekas presiden itu menewaskan bekas Gabenor Carolina Selatan dan bekas duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Nikki Haley.

'Super Tuesday' yang juga hari terbesar bagi pemilihan peringkat awal bagi jawatan Presiden, dianggap penting kerana melibatkan kira- kira satu pertiga daripada semua perwakilan ke konvensyen Kebangsaan Republikan atau Demokrat.

Sebanyak 15 negeri, termasuk California dan Texas serta American Samoa sebuah wilayah AS mengadakan pemilihan peringkat awal pada Selasa.

Walaupun memperoleh beberapa siri kemenangan 'Super Tuesday', Biden mahupun Trump tidak akan dapat mengumpulkan perwakilan yang mencukupi untuk gelaran 'calon presiden parti'. - BERNAMA-XINHUA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Pertemuan Dengan Trump Buka Ruang, Kaji Semula Perbincangan Hubungan 2 Hala - PM

2

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Sambutlah Trump Dengan Sederhana, Kenapa Perlu Berlebihan?’ - Dr MAZA

3

Rencana 7 bulan yang lalu

M’sia, Diplomasi Dan Kuasa; Jambatan Untuk Keamanan Sejagat

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Pertemuan Dengan Trump Berjalan Ikut Jadual, PM Terima Memorandum Sokongan 16 NGO

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 10 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad