web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pihak Fitnah, Serang Agong, Institusi Diraja Akan Didakwa, Dipenjara - PM

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 May 2024 4:06PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menabur fitnah dan menyentuh institusi diraja dalam isu kasino di Forest City.

Malah, beliau berkata, mereka yang berbuat demikian tidak ada terlepas daripada pendakwaan dan hukuman dipenjara.

“Nak kritik tidak mengapa, kamu kritik perdana menteri tidak mengapa sebab saya boleh jawab. Ini kamu kritik raja-raja yang kita sanjung dan muliakan dan ada dalam Perlembagaan.

“Kalau kita ada sistem raja, tak boleh dijadikan macam orang politik serang sesuka hati. 

"Kalau saudara serang apatah lagi fitnah, jawapannya pendakwaan, hukuman dan penjara, jadi jangan marah saya konon saya tidak demokratik, keras dan kuku besi,” katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis sambutan Hari Pekerja 2024 bertema 'Pekerja Kesuma Bangsa' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa kerajaan sedang menimbangkan untuk mengeluarkan lesen kasino kedua bagi Forest City selepas Genting Highlands.

Ia susulan laporan Business Times Singapore dan Bloomberg minggu lalu, yang mendakwa pengasas Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay bertemu dengan Anwar bagi membincangkan mengenai isu berkenaan. 

Justeru, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa dakwaan itu adalah fitnah dan kerajaan tidak pernah berbincang untuk melaksanakan projek tersebut.

“Senang-senang beri tohmahan. Fitnah sesuka hati…mereka tak ada modal lain, kononnya Anwar dah lulus kasino di Johor. Apa benda ini, tak pernah saya dengar, tak pernah orang usulkan dan Yang di-Pertuan Agong (Sultan Ibrahim) tak pernah maklumkan kepada saya untuk ada kasino dan perjudian di sana.

“Jadi (tohmahan) ini dari mana? Dari penjahat-penjahat sebenarnya. Jadi mereka ini sebenarnya boleh ganti bilik-bilik saya di (penjara) Sungai Buloh,” katanya.

Rentetan kontroversi berkenaan, ahli BERSATU dan aktivis, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard telah ditahan dan dihadapkan di mahkamah.

Bagaimanapun, beliau tidak mengaku bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Jumaat lalu, atas pertuduhan menyiarkan penerbitan menghasut berhubung projek kasino di Forest City menerusi media sosial.

Terbaharu, penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris juga direman dua hari hingga esok, atas dakwaan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong. - Getaran, 1 Mei 2024

Sorotan

1

PM Sampaikan Perutusan Negara 9 Malam Ini

2

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Cuba Ceroboh Masuk Istana Negara, 2 Individu Dipenjara 2 Bulan

4

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

5

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

6

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kematian Presiden, Menteri Luar Iran: Anwar, Mohamad Zahir Perasaan Duka

oleh Sophia Ahmad

Singapura 4 jam yang lalu

Penumpang Pesawat SIA Maut Dilanda Gelora Udara

Semasa 16 jam yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 6 jam yang lalu

Ibu Bapa Bayi Sakit Paru-Paru Kronik Terharu Dapat Perhatian PM