web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pakar Konservasi Tempatan Gondol Anugerah Antarabangsa Dr Rimington

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 3:00PM

Shah Redza (kiri) menerima anugerah Dr Rimington daripada CEO WWF Malaysia Sophia Lim.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nama negara sekali lagi gah di mata dunia, apabila seorang rakyat tempatan dipilih sebagai pemenang Anugerah Antarabangsa Dr Rimington 2020, khusus bagi mengiktiraf peranan beliau memulihara Harimau Malaya.

Dicalonkan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Tabung Alam Sedunia Malaysia (WWF Malaysia) dan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), RIMAU, pemilihan Mohamed Shah Redza Hussein dianggap amat bertepatan dengan sumbangan diberikan Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak itu selama ini.

Giat menjalankan usaha pemuliharaan harimau sejak tiga tahun lalu, pelantikannya sebagai Pengarah Taman Negeri Perak membuka ruang untuk beliau bergerak lebih aktif, dalam menjaga kebajikan Raja Rimba itu, khususnya di Taman Negeri Royal Belum.

Sekadar info, Royal Belum sudah diiktiraf sebagai antara kawasan pemuliharaan harimau terpenting di dunia.

Sepanjang menggerakkan usaha pemuliharaan itu, Shah Redza bertanggungjawab menambah bilangan anggota penguatkuasa bagi menjaga persekitaran taman, termasuk dari aspek keselamatan khusus dalam mencegah aktiviti pemburu haram.

Ia dibuktikan menerusi penubuhan pasukan khas dikenali sebagai Menraq, iaitu pegawai peronda yang terdiri daripada penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan.

Ketua program ‘Tigers Alive Initiative’ WWF, Stuart Chapman berkata, Shah Redza berhak menerima penghargaan atas kepimpinan serta sumbangan terhadap pemulihan dan pemuliharaan harimau liar dalam Royal Belum selama ini.

Armani Kowachee
Armani Kowachee

“Beliau menghidupkan semula inisiatif trans-sempadan antara Malaysia dan Thailand sekaligus memberi harapan untuk habitat harimau dilindungi di Malaysia,” katanya.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif WWF Malaysia, Sophia Lim pula berkata, sumbangan diberikan Shah Redza adalah intipati penting dalam meningkatkan kualiti pengurusan di Royal Belum.

“Taman Negeri Royal Belum ialah satu-satunya kawasan di Asia Tenggara yang didaftarkan untuk Conservation Assured Tiger Standard (CATS), iaitu piawaian amalan terbaik dalam mengurus kawasan pemuliharaan harimau secara efektif.

“Kami juga dapat melihat jurang pengurusan untuk pemuliharaan dirapatkan, dan yakin Royal Belum mampu mencapai piawaian antarabangsa ini,” tambahnya.

Anis Khalif
Anis Khalif

Selain Shah Redza, dua lagi rakyat tempatan turut terpilih menerima anugerah berbeza, iaitu Anis Khalif untuk kategori kanak-kanak, manakala artis hip hop, Armani Kowachee menggondol gelaran Naib Johan bagi kategori belia.

Kemenangan Malaysia dalam ketiga-tiga anugerah ini berjaya memahat nama negara di mata dunia, dan ia diyakini mampu meningkatkan sokongan terhadap usaha pemuliharaan harimau yang dijalankan.

Sehingga hari ini, haiwan yang menjadi simbol Jata Negara itu mencatatkan bilangan kurang daripada 200 ekor, menyebabkan usaha melindungi dan memulihara Harimau Malaya perlu digerakkan secara lebih agresif.

Anugerah Dr Rimington diwujudkan sejak 2018 bagi mengiktiraf sumbangan diberikan individu tertentu dalam memulihara harimau, selain memupuk minat generasi muda dalam bidang ini. - Getaran, 6 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad