web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sudah Dilarang, Tapi Masjid Masih Dijadikan Pentas Berpolitik

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2024 12:22PM

AJK Masjid Bandar Utama Batang Kali ini didakwa mengarahkan jemaah yang mengenakan baju Pakatan Harapan menterbalikkan baju masing-masing - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nampaknya larangan untuk masjid dan surau dijadikan pentas berpolitik tidak sepenuhnya diamalkan di Selangor.

Buktinya, sebuah masjid yang dipercayai dikuasai pembangkang di Batang Kali, Hulu Selangor masih tebal dengan sentimen politik.

Mendedahkan perkara itu di Facebook, aktivis politik Najib Bakar berkata, insiden berkenaan disaksikan sendiri sewaktu mahu menunaikan solat Maghrib di Masjid Bandar Utama, Batang Kali. 

Katanya, ada seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid mengarahkan jemaah yang mengenakan baju Pakatan Harapan (PH) menterbalikkan pakaian masing-masing kerana berlogo politik.

“Aku dan member saksi hidup. Berlaku depan mata. Ramai la yang tak puas hati. Yang pakai baju Malaysia Madani pun kena terbalikkan. Bukan ada kaitan parti pun.

“Ada yang pakai kepiah (kopiah) PAS elok ja. Pakai baju PN (Perikatan Nasional) pun ok ja,” katanya kesal.

Jelas Najib, dia dimaklumkan oleh penduduk setempat bahawa masjid dikunjungi itu dikuasai oleh blok pembangkang.

“Jenuh puak ni. Nak solat pun kecoh. Puak sendiri ok pulak. 

“Kalau perintah negara, lagu (macam) mana la perangai depa (mereka) dok tekan orang,” katanya, sinis.

Dua jemaah yang dibenarkan menunaikan solat walaupun mengenakan baju berlogo PN dan PAS - Gambar Facebook
Dua jemaah yang dibenarkan menunaikan solat walaupun mengenakan baju berlogo PN dan PAS - Gambar Facebook

Sementara itu, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah menerusi X memaklumkan, beliau akan hadir sendiri ke masjid berkenaan hari ini bagi mendapatkan penjelasan.

“Esok (hari ini) saya sendiri akan turun ke Masjid itu bersama Pegawai Tadbir Agama @jaisel_official utk dptkan penjelasan,” katanya.

Sekadar info, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tahun lalu telah membuat ketetapan agar masjid dan surau tidak dijadikan sebagai medan berpolitik dan pusat propaganda politik kepartian. - Getaran, 10 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Sock Tao Mahu Kota Janji, Akan Pindah Ke KKB Secepat Mungkin

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: Kemenangan PH Beri Isyarat Untuk Terus Kerja Kuat Tarik Pelabur, Perkuat Ekonomi - Anwar

3

Politik 2 tahun yang lalu

PH Pertahan Kerusi Kuala Kubu Bahru

4

Politik 2 tahun yang lalu

17 Pusat Mengundi PRK Kuala Kubu Bharu Ditutup Secara Rasmi

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar