web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


17 Pusat Mengundi PRK Kuala Kubu Bharu Ditutup Secara Rasmi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2024 6:42PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Kesemua 17 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang dibuka sejak 8 pagi ditutup secara rasmi tepat jam  6 petang tadi. 

Ditutup lebih awal ialah Pusat Mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser iaitu pada jam 2 petang kerana hanya memiliki 40 pengundi. 

Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi dibawa ke pusat penjumlahan rasmi di Dewan Serbaguna serta Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

Keputusan rasmi akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dijangka 9 malam nanti.

Menurut SPR, 55.79 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing setakat jam 4 petang tadi.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bahru mempunyai 40,226 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu, 39,362 ialah pengundi biasa.

Proses pengundian awal pula dilakukan 7 Mei lalu yang melibatkan 625 anggota polis dan 238 anggota tentera bersama pasangan.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Ia menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas). - Getaran, 11 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Sock Tao Mahu Kota Janji, Akan Pindah Ke KKB Secepat Mungkin

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: Kemenangan PH Beri Isyarat Untuk Terus Kerja Kuat Tarik Pelabur, Perkuat Ekonomi - Anwar

3

Politik 2 tahun yang lalu

PH Pertahan Kerusi Kuala Kubu Bahru

4

Politik 2 tahun yang lalu

Sudah Dilarang, Tapi Masjid Masih Dijadikan Pentas Berpolitik

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad