web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pan Gon Belum Mengalah, Nafi Sedia Tinggalkan Harimau Malaya

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2024 9:27AM

Kim Pan Gon - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon menafikan laporan berita bahawa beliau telah menghantar surat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan bersedia untuk meninggalkan pasukan negara.

Pengendali dari Korea Selatan berusia 54 tahun itu berkata beliau tidak menghantar apa-apa surat kepada badan induk bola berkenaan dan komited untuk terus membimbing pasukan sehingga kontraknya berakhir.

"Selepas membaca laporan berita tersebut, saya terus menghubungi Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin bagi menjelaskan mengenai perkara ini.

"Saya sendiri telah memberi jaminan kepada beliau bahawa misi saya bersama skuad Harimau Malaya belum berakhir dan saya tidak akan meninggalkan pasukan ini begitu sahaja," menurutnya dalam kenyataan di Facebook rasmi FAM malam tadi.

Pada masa sama, Pan Gon berkata beliau akan terus komited membimbing skuad negara sehingga kontraknya berakhir pada hujung 2025 dengan misi utama membawa Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak automatik ke Piala Asia 2027.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Pan Gon dan barisan kejurulatihannya telah menghantar surat menyatakan kesediaan sekiranya terpaksa meninggalkan pasukan negara andai khidmat mereka tidak diperlukan lagi.

Pan Gon sedang mengalami saat yang sukar bersama Harimau Malaya susulan dua kekalahan berturut-turut 0-2 kepada Oman pada aksi Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 baru-baru ini sekali gus jatuh ke kedudukan ketiga dengan mengumpul enam mata.

Ketinggalan tiga mata di belakang Oman dan Kyrgyzstan yang berkongsi dua posisi teratas, Malaysia berdepan misi wajib menang dalam baki perlawanan menentang Kyrgyzstan dan pasukan tercorot Taiwan pada Jun, jika mahu layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan mengesahkan tempat lebih awal ke Piala Asia 2027.

Dua kekalahan kepada Oman, Harimau Malaya belum meraih sebarang kemenangan selepas lima perlawanan sejak kempen Piala Asia 2023 di Qatar Januari lepas yang menyaksikan mereka tewas kepada Jordan dan Bahrain sebelum seri dengan Korea Selatan pada aksi kumpulan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Kim Pan Gon Tinggalkan Harimau Malaya

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad