web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tangguh Akta Kerja 1955 ‘Guris Hati’ 16.5 Juta Pekerja di Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa majikan akan menanggung kos tambahan RM110.99 bilion sekiranya Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) berkuat kuasa 1 September ini disifatkan sebagai tidak tepat.

Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor susulan kenyataan pelbagai pihak, kononnya pelaksanaan gaji minimum RM1,500 akan menyebabkan lebih ramai majikan muflis.

Kamarul Baharin Mansor
Kamarul Baharin Mansor

Beliau berkata, tiada keperluan untuk mana-mana pihak mendesak kerajaan menangguhkan Rang Undang-Undang (RUU) tersebut.

“Apabila perintah gaji minimum 2022 dilaksanakan bermula 1 Mei lalu, pelbagai pihak mengatakan banyak syarikat akan tutup atau muflis sedangkan ia tidak benar.

“MTUC menggesa kerajaan agar tidak menangguhkan pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang dijadual dilaksanakan 1 September ini,” katanya hari ini.

Terdahulu, Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, Malaysia dijangka berdepan cabaran ekonomi lebih ‘keras’, selepas pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diramalkan hanya mencecah lima hingga enam peratus bagi separuh tahun kedua 2022.

Atas dasar itu, beliau menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan pindaan akta tersebut  yang dianggarkan akan menyebabkan majikan di seluruh negara menanggung kos tambahan RM110.99 bilion.

Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman
Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman

Menurut Syed Hussain, majikan harus diberikan masa untuk memperkukuh serta memulihkan perniagaan mereka yang terjejas teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung ancaman COVID-19.

Mengulas lanjut, Kamarul Baharin berkata, MEF sering membuat kenyataan seumpama itu, setiap kali terdapat pelaksanaan pindaan baharu dalam mana-mana Akta Perburuhan negara yang utama.

“MTUC menyifatkan permintaan MEF untuk menangguhkan pelaksanaan pindaan Akta Kerja menyakitkan hati golongan pekerja yang berjumlah 16.5 juta.

“Pindaan itu telah lama diusahakan dan jika ditangguhkan sama ada sebahagian atau sepenuhnya, ia akan menyebabkan kerajaan terpaksa berhadapan dengan golongan pekerja yang menunggu pindaan tersebut,” katanya.

Beliau turut menyeru majikan agar tidak memanipulasi bayaran kerja lebih masa, apabila pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 kepada 45 jam dilaksanakan tidak lama lagi.

“MTUC berharap penguatkuasaan secara berterusan dapat dilaksanakan Jabatan Tenaga Kerja bagi memastikan pelaksanaan itu dapat dilakukan dengan lebih berkesan,” katanya. - Getaran, 20 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tidak Semua Majikan Mampu Naikkan Gaji Minimum - Pakar Ekonomi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Ditangguh, Lebih 100 Dokumen Belum Disahkan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perbicaraan Kes 1MDB Terpaksa Ditangguh Selepas Najib Alami Cirit-Birit

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad