web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sindiket Penipuan Tawaran Kerja Tumpas, Warga Asing Antara 6 Diberkas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 5:25PM

Amihizam Abdul Shukor - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu sindiket penipuan tawaran melalui pusat panggilan (calling centre) dalam aplikasi Shopee tumpas, selepas enam individu termasuk dua warga asing ditahan di sebuah kondominium di Jalan Klang Lama di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, suspek berusia antara 20 hingga 31 tahun itu dipercayai berperanan sebagai pekerja di pusat panggilan tersebut.

Tegasnya, sindiket yang beroperasi sejak Julai lalu itu menyasarkan mangsa dari Indonesia.

“Hasil siasatan awal mendapati terdapat unsur penipuan atas talian melalui penggunaan talian prabayar sebagai akses internet dan menerusi komputer riba yang dirampas.

“Kesemua suspek yang ditahan ini dikesan saling bekerjasama sejak sebulan hingga empat bulan lalu dan menerima tawaran terbabit melalui Facebook,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Amihizam berkata, ketika diberkas, polis turut merampas enam unit komputer riba, 12 telefon bimbit pelbagai jenama dan 10 keping kad sim prabayar.

Katanya, pekerja sindiket menerima gaji antara RM3,000 hingga RM3,500, selain ditawarkan komisyen antara empat dan lima peratus semula daripada hasil kutipan keseluruhan.

Beliau berkata, susulan kes itu, pihak polis menasihatkan orang ramai tidak mudah mempercayai tawaran peluang pekerjaan tidak jelas, namun menjanjikan pulangan wang lumayan.

“Orang ramai boleh membuat semakan di nombor telefon dan nombor akaun di laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

“Sebarang jenayah atau aktiviti mencurigakan boleh dirujuk kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 dan Hotline Polis KL di talian 03-21460584. - Getaran, 16 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Rumah Terbuka Shopee Perkenal Inisiatif Baharu Untuk Pertumbuhan Jenama Dan ‘Affiliate’

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Almari Kapsul Beri Peluang Muslimah Dapatkan Koleksi Fesyen Bawah RM40

3

Budaya 2 tahun yang lalu

Sambutan Hari Wesak Diserikan Dengan Tarian Kandyan Dari Sri Lanka

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Sedondon Sekeluarga Pilihan Rakyat Malaysia Ketika Sambutan Aidilfitri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 32 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad