web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Teruskan Projek MARA Digital - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 8:18AM

Ismail Sabri Yaakob ketika melakukan tinjauan mengejut di MARA Digital Kuala Lumpur yang turut disertai Mahdzir Khalid. - Gambar ihsan Pejabat Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah diarah meneruskan projek MARA Digital bagi membuka peluang kepada anak muda Bumiputera membabitkan diri sebagai usahawan teknologi maklumat (IT) yang merupakan trend terkini dan masa depan. 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beberapa MARA Digital telah diwujudkan iaitu di Shah Alam, Selangor; Kuantan, Pahang dan Ipoh, Perak selain beberapa lagi lokasi yang dikenal pasti termasuk Larkin, Johor; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan; Kuching, Sarawak serta Kota Kinabalu, Sabah.

Bagaimanapun, beliau berkata setelah Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018, MARA Digital telah ditutup dan projek baharu tidak diteruskan.

"MARA Digital sangat dekat di hati saya. Saya yang wujudkan bagi membangunkan usahawan Bumiputera dalam bidang IT dan gajet sama ada menjual produk, membaiki (peralatan rosak) dan lain-lain," katanya dalam catatan di laman Facebook malam ini. 

Terdahulu, Perdana Menteri melakukan tinjauan mengejut di MARA Digital Kuala Lumpur yang turut disertai Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid. 

"Alhamdulillah dalam tinjauan, peniaga memaklumkan masih mampu meneruskan perniagaan kerana jualan semakin meningkat, cuma (mereka) memerlukan sokongan daripada MARA seperti promosi, bantuan pinjaman, pengurangan kadar sewa dan lain-lain," katanya. 

Pembukaan MARA Digital sebagai pusat jualan peralatan telekomunikasi dan IT pada 2015 dicetuskan oleh Ismail Sabri yang pada ketika itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad