web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permohonan Najib Kemuka Bukti Baharu Adalah Taktik Untuk Lengahkan Kes - Pendakwaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 7:35PM

Najib Tun Razak di Mahkamah Persekutuan hari ini - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengemukakan bukti baharu dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd adalah taktik untuk melengahkan perjalanan dan pengakhiran kes itu, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Ad Hoc Datuk V.Sithambaram berhujah bahawa permohonan itu difailkan untuk memanjangkan prosiding kes SRC bagi tujuan kolateral kerana bukti kumulatif yang ingin dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri itu boleh didapati oleh beliau semasa perbicaraan dan dalam apa jua keadaan, adalah tidak relevan dengan rayuan di hadapan Mahkamah Persekutuan.

"Yang Amat Arif, sebelum prosiding kes itu bermula pada April 2019, semua orang tahu bahawa hakim perbicaraan (Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali) pernah berkhidmat di Maybank. Semasa kes pembelaan, ini adalah isu beban. Mereka patut membangkitkannya namun mereka tidak mengambil sebarang tindakan pada ketika itu.

“Selain itu, tiada bukti konflik kepentingan di pihak Hakim Mohd Nazlan pada perbicaraan SRC seperti yang didakwa oleh pemohon (Najib). Pemohon telah membuat dakwaan berniat jahat dan semberono terhadap hakim itu, yang tidak dapat membela dirinya secara peribadi daripada kesemua dakwaan palsu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membantah usul Najib untuk mengemukakan bukti baharu dalam kes SRC agar ia dibicarakan semula pada pendengaran rayuan terakhir kes itu di hadapan panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Sithambaram juga berkata permohonan Najib adalah berdasarkan apa yang didakwa dimaklumkan oleh beberapa individu tertentu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), justeru Mahkamah Persekutuan harus menolaknya kerana afidavit sokongan Ahli Parlimen Pekan itu adalah berdasarkan keterangan dengar cakap.

“Afidavit Najib menunjukkan bahawa individu terbabit tidak memberitahu beliau secara peribadi apa yang mereka maklum kepada SPRM. Kenyataan mereka adalah semata-mata dengar cakap.

“Permohonan itu bukanlah bagi mengemukakan bukti baharu sebaliknya satu ekspedisi untuk memancing maklumat mengenai dakwaan konflik kepentingan di pihak Hakim Mohd Nazlan," katanya.

Pada 28 Julai 2020, Mohd Nazlan, yang ketika itu Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan), menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap pertuduhan pecah amanah jenayah (tiga pertuduhan) serta pengubahan wang haram (tiga pertuduhan) dan 12 tahun penjara serta denda RM210 juta bagi pertuduhan menyalahgunakan kedudukan beliau.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun kerana hakim itu memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

Pendengaran rayuan kes itu bersambung esok. - Bernama

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad