web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedaifan Keluarga Tular, Rosliza Beroleh Berkat Ramadan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2021 2:19PM

Steven Sim (kanan) membawa keluarga Rosliza membeli barang di pusat beli-belah. - Gambar dari Facebook Steven Sim Chee Keong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Berbaki seminggu lagi sebelum Ramadan, keluarga Rosliza Hassan bagaikan menerima rahmat awal daripada bulan suci umat Islam itu apabila mendapat tempat tinggal baru, selepas dihalau pemilik rumah sewanya di Taman Machang Bubuk, semalam.

Kisah Rosliza, 37, bersama 10 anaknya mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang kemudiannya menyediakan barangan kelengkapan dapur dan mencari rumah sewa baru selepas menyedari kedaifan keluarga itu.

Semuanya bermula apabila jurugambar bebas Keow Wee Loong, 33, terserempak dengan Rosliza yang duduk bersama longgokan barangan di hadapan rumahnya kira-kira jam 7 pagi ketika Wee Loong dalam perjalanan ke kedai makan.

Wee Loong kemudiannya mengambil gambar Rosliza yang mempunyai anak berumur antara 21 hingga tiga tahun itu dan melakukan hantaran di media sosial, sebelum ia disedari Steven dan tular di hampir semua media sosial.

Rosliza ketika menceritakan perkara berkenaan berkata, beliau berasa buntu apabila hanya dimaklumkan oleh tuan rumah supaya berpindah pada Sabtu lalu, iaitu sehari sebelum kejadian beliau sekeluarga dihalau dari rumah yang sudah disewa sejak 2009 itu.

“Kami langsung tidak sempat untuk mencari rumah baru, tambahan pula gaji saya sebagai pembantu kedai makan hanya RM700 sebulan.

“Suami saya pula hilang entah ke mana. Jadi, hanya ada saya bersama dua lagi anak yang berumur 21 dan 20 tahun yang membantu menyara keluarga,” katanya kepada Getaran.

Rosliza berkata, beliau berasa sangat bersyukur dan gembira apabila Steven sudi membelikan barangan keperluan dapur dan menyediakan rumah sewa baru untuk beliau dan keluarga berteduh.

“Selama ini kami jarang dapat menjamah makanan yang sedap dan sempurna. Kami hanya mampu makan nasi yang digoreng bersama minyak sahaja,” katanya sebak.

Menerusi hantaran Steven di Facebook semalam, Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu meluangkan masa membeli belah bersama keluarga Rosliza, selain menyediakan kelengkapan persiapan menjelang Ramadan dan Syawal kepada setiap ahli keluarga Rosliza.

Menurut Steven, beliau sepatutnya menghadiri mesyuarat penting bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada pagi Ahad namun membatalkannya selepas menerima maklumat mengenai wanita malang itu.

“Ibunya Puan Ros ada 10 orang anak, paling kecil hanya berumur tiga tahun. Dia duduk di luar rumah menangis terkenang nasib anak-anaknya. Kasih seorang ibu tidak ternilai, susah senang anak didahulukan.

"Saya bagi tahu Puan Ros, saya akan pastikan sebelum matahari turun hari ini (Ahad), keluarga mereka akan ada bumbung atas kepala (rumah untuk berteduh),” katanya di Facebook.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, Amran Hazali berkata, Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah membantu keluarga Rosliza sejak dari tahun 2011 sehingga hari ini. 

Amran berkata, antara bantuan yang diterimanya adalah Bantuan Kewangan Bulanan berjumlah RM500 dan Bantuan Kewangan Makanan Bulanan berjumlah RM200.

“Selain itu, bagi membantu anak-anaknya mendapat pendidikan yang baik dan tidak tercicir di alam persekolahan, setiap tahun ZPP telah menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan kepadanya.

“Bagi menyambut Ramadan pula, ZPP juga telah menyediakan bantuan khas Nur Ramadan berupa wang tunai dan hamper makanan kepada asnaf yang layak,” katanya.

Amran turut memaklumkan ZPP tidak dapat menziarahi keluarga Rosliza kerana difahamkan wanita itu mengalami sedikit gangguan emosi ekoran kisahnya yang mendapat tumpuan masyarakat.

“ZPP akan memberikan ruang masa secukupnya kepada beliau dan akan mempertimbangkan tambahan bantuan lain,” katanya. – Getaran, 5 April 2021


 

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad