web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Fokus Pulihkan Projek LCS - Hishammuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 6:47PM

Para petugas media telah dibawa ke Boustead Naval Shipyard di Lumut, Perak hari ini untuk melihat keadaan luaran dan dalaman LCS yang sedang dalam pembinaan - Gambar Facebook Hishamuddin Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi fokus terhadap pemulihan projek kapal tempur pesisir (LCS) bagi memastikan projek itu kembali ke landasannya seperti yang telah ditetapkan Jemaah Menteri.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam hantaran menerusi Facebook beliau berkata rundingan dengan pihak vendor, pengilang peralatan asal (OEM) dan perbankan sedang dimobilisasikan.

Hishammuddin berkata demikian berhubung perolehan LCS yang menjadi kontroversi susulan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mendedahkan tiada satu kapal telah disiapkan walaupun kontrak projek bernilai RM6.083 bilion itu memperuntukkan lima daripada enam kapal tersebut seharusnya disiapkan dan diserah setakat Ogos 2022.

Dalam hantaran tersebut, beliau turut memaklumkan pihaknya telah membawa para petugas media ke Boustead Naval Shipyard di Lumut, Perak hari ini untuk melihat keadaan luaran dan dalaman LCS yang sedang dalam pembinaan.

Katanya petugas media turut dibawa ke gudang penyimpanan peralatan kapal-kapal tersebut dan diberi taklimat tentang reka bentuknya.

"Saya tidak jemu untuk menegaskan berkali-kali iaitu saya dan Kementerian Pertahanan tiada apa hendak disembunyikan. Dalam masa sama, pihak yang salah mesti dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Jangan Alih 'Tiang Goal' Isu Sebenar LCS, Permohonan MUDA Bersama PH Perlu Dinilai

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Prosiding LCS: PAC Rakam Keterangan 3 Saksi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

LCS: PAC Lawat TLDM Lumut, Mula Prosiding Sabtu Ini

4

Semasa 3 tahun yang lalu

LCS: MOF Tubuh SPV, Ambil Alih BNS Sebagai Anak Syarikat - Mohamad

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar