Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Syed Saddiq Jangan Alih 'Tiang Goal' Isu Sebenar LCS, Permohonan MUDA Bersama PH Perlu Dinilai

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 4:13PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat sedang mengalihkan ‘tiang gol’ terhadap perkara sebenar melibatkan penolakan usul mengenai isu Kapal Tempur Pesisir (LCS) - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat sedang mengalihkan ‘tiang gol’ terhadap perkara sebenar melibatkan penolakan usul mengenai isu Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Jurucakap Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerusi kenyataan memaklumkan, serangan itu membuktikan keperluan untuk Pakatan Harapan (PH) menilai semula MUDA yang menuntut supaya menjadi parti komponen gabungan berkenaan sebelum ini.

Menurutnya, seperti yang diperjelaskan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, laporan berkaitan projek pembinaan LCS dibentangkan di Parlimen setiap tiga bulan berdasarkan komitmen Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Maka wajar untuk hal itu dibahaskan secara objektif berdasarkan maklumat dan perkembangan yang terkini dikeluarkan, dengan tambahan komitmen oleh Speaker untuk membenarkannya dibahas selepas laporan penuh diperoleh.

“Bagaimanapun, dakwaan Syed Saddiq kononnya usul tersebut ditolak kerana ‘bukan berkepentingan orang ramai’ secara substantif adalah cubaan mengalih isu sebenar," katanya. 

Mengulas lanjut, jurucakap AMK itu menegaskan, tindakan Syed Saddiq menggambarkan seolah-olah Dewan Rakyat dan Kerajaan Perpaduan telah secara tidak langsung mengelak dan melindungi siasatan LCS. 

Katanya, isu sebenar ialah usul yang dikemukan oleh Syed Saddiq kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dianggap sebagai tidak lengkap.

"Ini kerana beliau tidak menyatakan secara jelas dalam usul itu tiga pernyataan penting iaitu 'perkara tertentu’, berkehendak disegerakan atau berkenaan kepentingan orang ramai' dengan setiap elemen tersebut perlu digariskan pewajarannya, bukan hanya bersandarkan kepada isu yang ingin dibangkitkan,” katanya. 

Dalam pada itu, AMK berkata, pertikaian Syed Saddiq terkait peningkatan kos dan pengurangan kapal juga telah dijawab oleh Kementerian Pertahanan, bahawa perubahan spesifikasi dan inflasi menyumbang kepada perkara terbabit serta penangguhan pembinaan projek itu akan terus meningkatkan kos pembinaan.

Katanya, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari juga telah meletakkan keutamaan dan komitmen bagi menyelesaikan LCS pertama yang dijangka siap pada November 2024 dan ditauliahkan untuk kegunaan TLDM pada akhir 2026.

Namun demikian, menurut AMK, tindakan Syed Saddiq dan MUDA secara terus menerus menyebarkan kenyataan tidak tepat sehingga mewujudkan persepsi negatif tidak adil kepada kerajaan, harus diteliti sepenuhnya oleh Kerajaan Perpaduan.

“Tindakan Syed Saddiq secara terus-menerus menyebarkan kenyataan separa benar yang memburukkan kerajaan secara tidak adil harus diteliti.

“Beliau juga harus ditegur oleh Sekretariat Kerajaan Perpaduan selain turut diambil kira dalam penilaian terhadap permohonan MUDA untuk menjadi sebahagian daripada PH,” katanya. 

Dalam sidang Dewan Rakyat yang berakhir Khamis lalu, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar memberitahu, Johari menolak usul tergemparnya untuk membahas isu ketirisan di dalam projek LCS.

Beliau telah menerima jawapan daripada surat yang diutusnya kepada Johari yang memaklumkan, isu itu bukan bersifat kepentingan awam, malah tiada keperluan mendesak untuk membahaskannya.

Bagaimanapun Johari meminta Syed Saddiq membetulkan dakwaannya kerana telah bersikap tidak adil terhadapnya.

Jelas Johari, pada perenggan empat suratnya menyatakan usul itu tidak memenuhi peraturan 18(7)(c) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Peraturan itu memperuntukkan Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh menolak usul yang dikemukakan jika ia melanggar mana-mana syarat dalam peraturan mesyuarat.

Pada Mac lalu, Syed Saddiq menuntut jawapan berhubung status permohonan MUDA untuk menyertai gabungan PH selepas berbulan-bulan dibiarkan dalam tanda tanya.

Katanya, sudah dua kali partinya tersisih daripada terlibat dalam mesyuarat Kerajaan Perpaduan, malah status permohonan menyertai PH masih tergantung selain usaha mengatur pertemuan belum terlaksana. – Getaran, 12 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Tanpa Identiti Ditemukan Terapung Di Sungai Linggi 

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang

Politik 3 jam yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

oleh Sophia Ahmad