web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


LCS: PAC Lawat TLDM Lumut, Mula Prosiding Sabtu Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 9:40PM

Mas Ermieyati Samsudin (tiga, kiri) ketika mengadakan sidang media yang pertama PAC di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding perkembangan kemajuan pembinaan kapal peronda generasi kedua kapal tempur pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata jawatankuasa itu, akan mengadakan lawatan ke Pangkalan TLDM di Lumut, Perak Sabtu ini, yang merupakan lokasi pembinaan LCS.

“Mengambil syor daripada PAC penggal ke-14 yang mahu Kementerian Pertahanan membentangkan perkembangan terkini kepada PAC setiap tiga bulan, PAC Parlimen Penggal ke-15 juga akan membentangkan laporan kemajuan LCS ini setiap tiga bulan, di Dewan Rakyat.

“Bagi laporan kali ini, ia akan menyentuh kemajuan pembinaan yang dicapai dari Oktober 2022 sehingga Mei 2023,” katanya pada sidang media di lobi Bangunan Parlimen hari ini.

Sebelum ini, pembinaan kapal LCS terpalit kontroversi apabila PAC mendedahkan tiada seunit pun telah disiapkan, walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6.083 bilion kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Dalam perkembangan lain, Mas Ermieyati berkata PAC akan memanggil Ketua Setiausaha (KSU) beberapa kementerian, bagi menghadiri prosiding berkaitan isu berbangkit melibatkan kementerian masing-masing, susulan taklimat bersama Jabatan Audit Negara.

Beliau berkata KSU Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan dipanggil pada 14 Jun ini, bagi memberi penjelasan mengenai kelemahan dalam terimaan dana berbentuk kewangan dan aset, serta bayaran bagi Skim Subsidi Harga Padi.

KSU Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pula akan dipanggil pada 15 Jun, bagi menerangkan isu perolehan dan pengurusan wabak COVID-19 yang meliputi isu 1.1 juta dos vaksin telah tamat tempoh, 93 unit ventilator tidak dapat digunakan serta lebihan stok cover boot dan protective suit, katanya.

Selain itu, beliau berkata PAC turut akan memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan KSU Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Bhd (FELCRA) pada 27 Jun kerana penyata kewangan beraudit FELCRA untuk 2019, 2020 dan 2021 masih belum dimuktamadkan. 

“PAC juga akan mendapatkan taklimat berkenaan Program Jana Wibawa daripada Kementerian Kewangan,” katanya.

Menyentuh mengenai prosiding PAC, Mas Ermieyati berkata jawatankuasa itu berharap agar prosiding akan dapat diadakan secara terbuka mulai tahun depan, selaras dengan agenda reformasi institusi kerajaan.

“Saya percaya pihak pentadbiran Parlimen Malaysia telah bersiap sedia dan mempunyai kemampuan dari segi sumber manusia dan peralatan teknologi maklumat, untuk menjalankan prosiding secara terbuka,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Jangan Alih 'Tiang Goal' Isu Sebenar LCS, Permohonan MUDA Bersama PH Perlu Dinilai

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Prosiding LCS: PAC Rakam Keterangan 3 Saksi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

LCS: MOF Tubuh SPV, Ambil Alih BNS Sebagai Anak Syarikat - Mohamad

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PAC Cadang Adakan Prosiding Baharu Pembinaan LCS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad