web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAC Cadang Adakan Prosiding Baharu Pembinaan LCS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 5:46PM

Mas Ermieyati Samsudin berkata sebaik pelantikan itu diluluskan, beliau akan memanggil Mesyuarat PAC pertama bagi penggal Parlimen ke-15 dan agenda pertama, adalah berhubung prosiding baru bagi perkembangan kemajuan pembinaan LCS - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bercadang mengadakan prosiding baharu berhubung pembinaan Kapal Tempat Pesisir LCS milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Mesyuarat Kedua sidang Dewan Rakyat yang bermula 22 Mei ini.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, cadangan prosiding berkenaan akan dimulakan sebaik Dewan Rakyat meluluskan pelantikan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Katanya, sebaik pelantikan itu diluluskan, beliau akan memanggil Mesyuarat PAC pertama bagi penggal Parlimen ke-15 dan agenda pertama, adalah berhubung prosiding baru bagi perkembangan kemajuan pembinaan LCS.

“Saya mengambil maklum bahawa PAC Parlimen penggal ke-14 sudah membentangkan Laporan Perolehan Kapal LCS pada 4 Ogos tahun lalu.

“Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (MINDEF) sudah membentangkan maklum balas kepada PAC Parlimen penggal ke-14 terhadap tujuh syor PAC Parlimen penggal ke 14 pada 5 Oktober tahun lalu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, satu daripada cadangan PAC dalam laporan berkenan adalah pada syor ketujuh yang jelas menyatakan, MINDEF perlu membentangkan laporan kemajuan pembinaan LCS setiap 3 bulan kepada jawatankuasa berkenaan.

“Sehubungan itu, saya akan mencadangkan kepada PAC bahawa setiap tiga bulan apabila laporan kemajuan dibentangkan kepada jawatankuasa ini, PAC akan mengeluarkan satu laporan baru untuk dibentangkan kepada Parlimen.

“Namun bagi prosiding pertama akan dikenali sebagai Prosiding PAC berhubung kemajuan pembinaan LCS dalam tempoh Oktober tahun lalu hingga Mei ini,” katanya.

Mas Ermieyati berkata, PAC dijangka akan mengadakan prosiding pertama itu di Limbungan Kapal Boustead Naval Shipyard (BNS), iaitu syarikat pembinaan LCS dan seterusnya mengadakan lawatan kerja bagi melihat sendiri kemajuan pembinaan kapal berkenaan.

“Pada masa sama, saya dan Naib Pengerusi PAC, Wong Shu Qi, sudah selesai menyatakan kunjungan hormat kepada semua tujuh wakil tetap atau Ex Officio PAC, terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Ekonomi dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

“Semua Ex Officio PAC yang ditemui bersetuju untuk terus menjalinkan kerjasama erat dengan PAC dalam memastikan ketelusan dan kredibiliti jawatankuasa ini terus diperkukuhkan,” katanya.

Malah, Mas Ermieyati berkata, beliau memberikan penjelasan kepada semua Ex Officio PAC terhadap beberapa penambahbaikan yang akan dilakukan dalam PAC Parlimen penggal ke-15, terutama membabitkan Laporan Tindakan Susulan Pegawai Pengawal dan Ketua Setiausaha Terhadap Syor Laporan PAC.

“Saya juga sudah mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul pada Selasa lalu.

“Pertemuan ini diadakan adalah bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai hala tuju PAC, selain penambahbaikan yang boleh dilakukan jawatankuasa ini,” katanya. – Getaran, 19 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad