Berita Terkini

13 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 5 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Lahir luar negara: Hanya anak berbapakan warganegara berhak dapat kerakyatan Malaysia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 7:17AM

Hanya kanak-kanak yang lahir di luar negara berbapakan warganegara Malaysia berhak mendapat kerakyatan Malaysia. - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Hanya kanak-kanak yang lahir di luar negara berbapakan warganegara Malaysia berhak mendapat kerakyatan Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang, demikian putus Mahkamah Rayuan.

Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said berkata demikian dalam alasan penghakiman bertulisnya bagi keputusan majoriti 2-1 pada Jumaat lepas yang memutuskan bahawa kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia.

Beliau berkata perkataan 'bapa' dalam Seksyen 1(b) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan merujuk hanya kepada bapa serta tidak termasuk ibu dan ini bermakna ia menghalang ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing mewariskan status kerakyatan kepada anak yang dilahirkan di luar negara.

Katanya adalah menjadi hasrat penggubal Perlembagaan Persekutuan bahawa kerakyatan melalui kuat kuasa undang-undang bagi kanak-kanak yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia harus mengikut status bapa.

"Pada pandangan saya, mahkamah tidak sepatutnya mempertikai kenapa undang-undang itu digubal atau sama ada Parlimen telah mengambil memutuskan untuk menggubal undang-undang itu namun tugas mahkamah ialah mentafsir undang-undang yang digubal dengan sewajarnya," katanya.

Kamaludin berkata remedi bagi ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing untuk mendapatkan status kerakyatan bagi anak mereka yang dilahirkan di luar negara diperuntuk di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata aduan para ibu bukanlah terhadap undang-undang sedia ada iaitu Perkara 15 (2) yang memperuntuk remedi kepada mereka untuk memohon status kerakyatan bagi anak mereka sebaliknya adalah terhadap pihak berkuasa yang meluluskan atau sistem yang digunakan ketika ini.

"Sistem itu boleh diperbaiki atau diubah. Saya setuju isu ini perlu ditangani oleh pihak berkuasa yang berkenaan," katanya.

Beliau juga berpandangan bahawa Mahkamah Tinggi sedang menulis semula undang-undang berkaitan pemberian status kerakyatan kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar Malaysia ia mengguna pakai undang-undang sedia ada dan dasar yang telah berkuat kuasa untuk mencari remedi kepada aduan para ibu dengan mentafsirkan bahawa perkataan 'bapa' juga boleh merujuk kepada ibu.

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang.

Kamaludin dan Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kanak-kanak lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing berhak mendapat kerakyatan Malaysia manakala Hakim Datuk S. Nantha Balan menentang.

Rayuan itu membabitkan Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) serta enam wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

Mereka memohon mahkamah mengeluarkan perintah agar semua agensi kerajaan termasuk JPN, Jabatan Imigresen dan Kedutaan Malaysia mengeluarkan dokumen berkaitan kerakyatan (seperti pasport dan kad pengenalan) kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

Pada hari sama, panel itu turut menolak rayuan seorang wanita berumur 24 tahun iaitu Mahisha Sulaiha Abdul Majeed terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2020 yang menolak samannya untuk mendapatkan satu deklarasi bahawa beliau berhak menjadi rakyat Malaysia.

Dalam alasan penghakimannya, Kamaludin berkata proses Parlimen adalah cara yang lebih baik untuk menyelesaikan isu membabitkan persoalan kontroversial dan rumit yang dicetuskan oleh dilema moral serta sosial.

Beliau juga berkata Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 1(b) Bahagian II Perlembagaan Persekutuan tidak melakukan diskriminasi jantina terhadap wanita.

Dalam penghakiman minoriti yang memihak kepada para ibu terbabit, Nantha Balan berkata adalah tidak wajar bagi kerajaan untuk mengatakan bahawa tidak ada diskriminasi terhadap ibu warganegara Malaysia yang tidak dapat mewariskan kerakyatannya kepada anak mereka yang dilahirkan di luar negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Beri Anak Susu Bercampur Dadah, Ibu Mengaku Salah

4

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Demi Anak, Nyawa Pun Sanggup Aku Pertaruhkan...

Sorotan

1

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

3

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

4

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

5

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

6

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

Politik 3 jam yang lalu

Mahir Merancang Ekonomi, Prestasi Amirudin Beri Kelebihan Untuk PH Kuasai KKB

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 jam yang lalu

Cuaca Buruk Di UAE Sebabkan Penerbangan Lewat, Dibatalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz