web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 Sarat Pengisian Rohani

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2021 10:14PM

Program bermunajat diadakan di Masjid Talhah bin Ubaidillah, di Bukit Jalil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penularan pandemik COVID-19 yang masih menghantui Malaysia mengubah segala aspek kehidupan di negara ini, apabila segala rutin perlu dilakukan dengan mengikut norma baharu.

Sehingga hari ini, usaha membendung penyebaran wabak dan mendatarkan lengkungan giat dilakukan, khususnya oleh petugas barisan hadapan daripada sektor kesihatan.

Dari sudut agama, kehadiran virus COVID-19 yang sehingga kini masih tidak mempunyai penawar dilihat sebagai satu ujian ke atas manusia, dalam mendidik kita erti kesabaran dan ketabahan.

Dalam konteks ini, apa yang perlu adalah kembali kepada fitrah dan memohon perlindungan Allah SWT agar terhindar dari segala musibah berkaitan penyakit atau kecelakaan.

Selaras dengan itu, sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 yang bakal disambut esok, diadakan secara penuh sederhana dengan bermunajat dan penganjuran beberapa program keagamaan.

Membuka tirai sambutan ialah program Wilayah Persekutuan Bermunajat yang diadakan semalam sejurus selepas solat Maghrib.

Program berkenaan dibawa secara langsung menerusi laman sosial rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan masjid seluruh Wilayah Persekutuan.

Turut dirancang ialah beberapa program keagamaan mengikut prosedur operasi standard (SOP), selaras dengan peraturan ditetapkan kerajaan dalam membendung penularan COVID-19.

Bermula 29 Januari sehingga 8 Februari pula, pelbagai program menggunakan pendekatan kerohanian mengisi atur cara sambutan, bagi memastikan objektif sambutan tahun ini dapat dipenuhi.

Program seperti Yassin Hour dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam secara maya adalah antara perincian yang dirancang, membabitkan lapan masjid di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Turut diadakan adalah khutbah Jumaat khas, dengan tema Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin.

Semua acara berkenaan akan dijalankan secara langsung di atas talian, melalui laman Facebook rasmi JAWI dengan Kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan.

Dalam satu kenyataan di akaun Facebook, JAWI mnyeru semua penduduk agar mengikuti program dianjurkan, bagi mendekatkan diri dengan Allah SWT, ketika seisi negara sedang diuji dengan kehadiran virus COVID-19.

“Marilah kita semua terus berdoa dan bermunajat agar Allah SWT mengurniakan kesejahteraan dan memelihara warga Wilayah Persekutuan dari segala bencana dan wabak yang melanda,” kata jabatan itu. – Getaran, 31 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

33 Terima Darjah Kebesaran Sempena Hari Wilayah 2024

2

Selera 2 tahun yang lalu

Warisan Citarasa Wilayah Persekutuan: 5 Restoran Merentas Zaman

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Majlis Agama Perlu Terus Menyinari Malaysia Demi Meningkatkan Ilmu Ummah – PM

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Meski Hujan Lebat, Ribuan Umat Islam ‘Setia’ Berselawat Bersama PM

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad