web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warisan Citarasa Wilayah Persekutuan: 5 Restoran Merentas Zaman

Lima restoran ini kekal menjadi pilihan pelanggan walaupun ribuan restoran lain tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di ibu negara

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2024 10:46AM

Nasi Beriani Ayam Madu antara yang sering ,menjadi pilihan pelanggan jika berkunjung ke Restoran Mahbub - gambar Norana Johar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bersempena Hari Wilayah Persekutuan 2024 yang disambut hari ini, Getaran menyenaraikan lima restoran terkenal di ibu kota yang telah bertapak berpuluh tahun lamanya.

Walau tahun silih berganti, kedai makan ini kekal utuh dan masih kerap dikunjungi para pelanggan yang menghargai ketekalan dan keunikan juadah yang ditawarkan.

1. Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy - Jalan Bellamy, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur

Buka: 11 pagi - 4 petang (kecuali Jumaat)

Siapa yang tidak kenal Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy atau dikenali sebagai Ikan Bakar Jalan Bellamy Istana Negara. Tempat makan ini tiada kaitan dengan istana tetapi ianya
digelar sebegitu kerana lokasinya yang berdekatan dengan istana negara lama. Medan makan ini tidak asing bagi warga kota kerana ianya lokasi yang sering dikunjungi untuk
menikmati hidangan makanan laut bakar di Kuala Lumpur.

Beraneka jenis makanan laut seperti Keli Bakar, Pari Bakar, Siakap Bakar, Kembung Bakar, Cencaru Bakar, Talapia Bakar, Terubuk Bakar, Bawal Emas Bakar, Kerang Bakar dan Sotong Bakar! Terdapat empat - lima gerai yang menawarkan bakar-bakar dan di antaranya ialah Ikan Bakar Seri Melaka. Setiap hidangan bakar menyediakan dua jenis cecah, kicap dan sambal, yang padu belaka!

2. Nasi Lemak Tanglin - Kompleks Makan Tanglin, Gerai, No. 6, Jalan Cenderasari, 50480 Kuala Lumpur

Buka: setiap hari 7 pagi – 12.30 tengahari

Nasi Lemak Tanglin memang terkenal di Kuala Lumpur bagi warga kota yang menggemari sarapan nasi lemak. Restoran ini telah bertahan selama 75 tahun dengan
resepi aslinya semenjak tahun 1948. Gerai Nasi Lemak Tanglin ini terletak di gerai No 6,

Kompleks Makan Tanglin berhadapan Klinik Kesihatan Tanglin. Dahulunya pelanggan makan ini serupa ‘bangsal’ sahaja, namun sekarang ruang makan di sini telah selesa
setelah dibaikpulih dan diperbesarkan oleh kerajaan. Di samping berjenis lauk tambahan kepada nasi lemak seperti paru goreng, sambal sotong, ayam lemak dan sebagainya,
sambal Nasi Lemak Tanglin ini istimewa kerana rasanya berbeza berbanding sambal nasi lemak biasa.

Sambal di Nasi Lemak Tanglin sukar untuk digambarkan rasanya tetapi apabila dicampur dengan nasi lemak, semuanya menjadi sempurna.

3. Nasi Ayam Hainan Chee Meng - Sub Lot A-1, Batu 4 1, 4, Jln Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur

Buka: 11 pagi – 7 petang

Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng pertama kalinya dibuka pada tahun 1965. Mulanya warung ini dikenali sebagai Chee Meng Kai Fun yang bermaksud nasi ayam yang
popular. Pada tahun 1988, restoran ini ditukar nama kepada Nasi Ayam Chee Meng yang berlokasi di Jalan Klang Lama. Kedai yang telah beroperasi hampir 60 tahun ini
mengekalkan keaslian masakan hainan resepi turun-temurun keluarga Encik Yeok Kai Seng.

Baru-baru ini Nasi Ayam Hainan Chee Meng diiktiraf antara 32 restoran di Malaysia yang berstatus Bib Gourmand oleh Michelin. Nasi ayam di sini beraroma dan ayamnya cukup lazat! Nasi Ayam Chee Meng telah mendapat pengiktirafan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membekalkan makanan yang menepati
Hukum Syarak atau Syariah.

4. Restoran Mahbub - 15-17, Lorong Ara Kiri 1, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur

Buka: 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari

Bermula sebagai Restoran Sharifa pada tahun 1974 yang kemudiannya ditukar nama kepada Restoran Mahbub pada tahun 1995, tempat makan ini memang tidak asing lagi
bagi warga Lembah Klang yang menggemari nasi beriani. Nasi Beriani Ayam Madu di Restoran Mahbub cukup popular kerana rasanya yang lazat. Ayam Madu diadun sempurna
dengan rasa yang seimbang, ditambah kuah dal dan acar timun, begitu asyik untuk dinikmati.

Di sini ditawarkan Nasi Beriani Kambing, Nasi Beriani Ayam Bawang, Nasi Beriani Ayam Goreng, Nasi Beriani Daging Rendang dan banyak lagi.

Yang penting, Nasi Beriani Ayam Madu di Mahbub memang terbaik dan kalau nak datang makan hari Jumaat, silalah datang awal sedikit supaya tidak tergesa-gesa sebelum nak ke solat Jumaat.

5. Masakan Padang Asli Kampung Baru - 53, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur 

Buka: 10pagi – 8 malam (Sabtu tutup)

Restoran Masakan Padang Asli Kampung Baru yang terletak betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur berlatarbelakangkan bangunan KLCC ini memang menjadi tumpuan warga
kotaraya selama lebih 60 tahun lamanya. Makanan Padang atau Masakan Minang ialah masakan masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat. Makanan Padang
tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia kerana masakan begini sesuai dengan selera orang kita yang berbilang bangsa.

Restoran ini menawarkan beraneka lauk-pauk dan di antara yang menjadi kegemaran ramai ialah gulai tunjang (beef tendon), paru goreng, sambal tempe, gulai nangka muda, pucuk ubi rebus, ikan keli belado, taugeh goreng dan berpuluh hidangan lain. - Getaran, 1 Februari 2024

Semua gambar : Norana Johar

Berita Berkaitan

1

Selera 2 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 3 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Gaya 15 jam yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

oleh Rahayu MN