web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Kes Harian Meningkat 4,684, Kematian 11

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 10:29AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 meningkat apabila merekodkan 4,684 kes semalam, berbanding 3,927 kes kelmarin.

Angka baharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 dilaporkan di Malaysia adalah 4,705,824 kes setakat semalam.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 4,679 kes penularan tempatan dan lima kes import.

Selangor menjadi negeri tertinggi merekodkan kes jangkitan COVID-19 dengan 2,164 kes, disusuli Kuala Lumpur (887), Perak (289), Sabah (267), Negeri Sembilan (204), Pulau Pinang (197) dan Melaka (142).

Johor pula mencatatkan 123 kes, diikuti Kedah (87), Sarawak (84), Pahang (81), Putrajaya (62), Kelantan (51), Terengganu (24), Perlis (12) dan Labuan (10).

Kes kematian membabitkan jangkitan virus itu semalam adalah 11 kes, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), iaitu masing-masing lima di Johor dan Selangor, manakala Pulau Pinang (1).

Jumlah itu menjadikan angka kematian akibat pandemik berkenaan meningkat kepada 36,020 kes, termasuk 7,655 kes BID sehingga kini.

Sebanyak 46,904 kes aktif direkodkan setakat ini dengan 45,264 kes atau 96.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah, 28 kes (0.1 peratus) ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 1,556 kes (3.3 peratus) menerima rawatan di hospital.

Manakala 56 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 35 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Data menunjukkan, 4,275 kes sembuh direkodkan semalam, menjadikan sebanyak 4,622,900

kes pulih dicatatkan sejak virus itu direkodkan di Malaysia. - Getaran, 7 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar