web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Waris Fajim Juffa Layak Terima Bantuan Faedah PERKESO

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 6:41AM

Jenazah Fajim Juffa selamat dikebumikan di Tahan Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma pada 2 Ogos. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Waris Allahyarham Fajim Juffa Mohd Mustafa Kamal, jurulatih penerbangan yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di Ipoh, Perak pada 1 Ogos lepas, layak menerima bantuan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

PERKESO dalam satu kenyataan semalam memaklumkan Fajim Juffa menerusi warisnya layak menerima bantuan Faedah Orang Tanggungan (FOT) dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) menerusi Skim Bencana Pekerjaan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) memandangkan nahas itu berlaku ketika Allahyarham sedang menjalani latihan penerbangan malam.

Kenyataan itu menyebut, Ketua Eksekutif PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed telah menyantuni waris juruterbang yang juga seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia itu serta menyampaikan kedua-dua bantuan faedah berkenaan.

“Waris telah menerima bayaran FPM sebanyak RM2,000 untuk sekali bayar pada 3 Ogos lepas, manakala bayaran FOT sebanyak RM3,555 setiap bulan akan disalurkan kepada balunya (Hayati Nawi, 50,) untuk seumur hidup dan anaknya (Fatini Nadia Qistina Fajim Juffa, 17) sehingga usia 21 tahun atau tamat pengajian ijazah pertama.

“Adalah menjadi harapan PERKESO agar bantuan faedah ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban dan memberi semangat kepada waris dan keluarga Allahyarham untuk meneruskan kehidupan,” maklum kenyataan itu.

Dalam nahas pada kira-kira 8 malam itu, Fajim Juffa, 52, terkorban apabila pesawat ringan jenis Piper PA-28-161 Warrior II dikendalinya terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Medan Gopeng di Perak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Komunikasi Teliti Mekanisme Terbaik Caruman PERKESO Untuk ‘Stringer’

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Karnival Kerja Wanita MYFuturejobs PERKESO 2024 Tawar 10,000 Peluang Pekerjaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad