web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LCS: Kenyataan Anwar Pertimbangan Politik Semata-Mata

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 8:07PM

Hishammuddin Tun Hussein meletakkan replika kunci pada gimik perasmian Poliklinik Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kem Penrissen. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu projek kapal tempur persisir (LCS) dihentikan hanya berkisar kepada pertimbangan politik semata-mata.

Malah kata beliau kenyataan itu bercanggah dengan keputusan Pakatan Harapan ketika menjadi kerajaan pusat dulu yang mahukan projek itu diteruskan.

Daripada laporan yang beliau terima, Hishammuddin berkata, kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan ramai pihak khasnya pihak Tentera Laut Diraja Malaysia yang merupakan pengguna akhir dan lebih 400 vendor yang terlibat dalam projek tersebut.

"Terdapat lebih 400 vendor yang harapkan projek ini berjalan dan 90 peratus adalah vendor yang ada kaitan dengan veteran.

"Kalau dia betul nak bela veteran pembatalan LCS bukan caranya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Poliklinik Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Penrissen di sini pada Jumaat.

Semasa sidang media di hari terakhir persidangan Dewan Rakyat semalam, Anwar yang juga Presiden PKR menegaskan beliau yakin dalam isu tersebut ia bukan saja melibatkan ketirisan malah wujud penyelewengan.

Sekiranya projek itu dihentikan, Hishammuddin berkata, perlu ada pilihan mahupun perancangan bagi mengisi kekosongan yang ada.

"Kalau betul ada hujah-hujah yang bernas saya tidak teragak-agak untuk memikirkan dan memberikan pertimbangan yang sewajarnya," katanya.

Beliau turut menyatakan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya didapati berlakunya penyelewengan, salah guna kuasa ataupun ada unsur-unsur rasuah dalam projek itu.

"Siapa yang salah tetap salah kerana bukan masa saya ketika projek ini diluluskan. Kebetulan saya Menteri Pertahanan hari ini dan saya pikul tanggungjawab untuk menanganinya," katanya sambil menambah beliau percaya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah, sedang dan akan mengambil tindakan berhubung perkara tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad