web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Petugas Media Terima Sumbangan Dari MyCar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2021 6:11PM

Mohd Noah (tiga dari kiri) dan Azman (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada petugas media yang terkesan dengan pandemik COVID-19, di Shah Alam, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seramai 20 orang yang terdiri daripada petugas media sambilan dan bekas petugas media yang terkesan akibat wabak pandemik COVID-19, telah menerima sumbangan berbentuk keperluan makanan harian daripada syarikat platform e-hailing MyCar, Platform Apps Sdn. Bhd.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCar, Mohd Noah Maideen, sumbangan itu bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, apatah lagi Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi.

"Ada di antara mereka yang hilang pekerjaan, masih tidak mendapat pekerjaan tetap dan ditimpa musibah tatkala berdepan dengan wabak pandemik ini, justeru bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban,'' katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Prihatin Media oleh MyCar di ibu pejabat MyCar di Setia Alam di sini, hari ini.

Tokoh Wartawan dan bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang, Pengerusi MyCar, Datuk Noor Sheena Maideen dan Presiden Pertubuhan Generasi Digital Media (PGDM), Mohamad Azfar Afandi Zulkfley turut hadir.

Mohd. Noah berkata, MyCar memperuntukkan tambahan 30 pek keperluan makanan harian untuk diagihkan sendiri oleh Pertubuhan Generasi Digital Media, sebuah NGO berdaftar kepada petugas media sambilan yang masih terjejas punca pendapatan harian.

Di samping prihatin meneruskan tanggungjawab sosial korporat, katanya, pemberian buku Soal Jawab Fiqh Covid- 19 yang ditulis oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut diedarkan kepada penerima sumbangan sebagai langkah kesedaran dan pengetahuan kendiri. - Getaran, 3 April 2021.

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar