web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelosi Dan Delegasi Kongres Berbesar Hati Sambutan Diberikan PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 9:14PM

Pelosi (dua kanan) bergambar selepas bertemu dengan Ismail Sabri hari ini. - Gambar ihsan PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Perwakilan (Dewan Rakyat) Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi yang tiba di Malaysia hari ini berkata beliau dan delegasi kongres berbesar hati dengan sambutan yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Pelosi dalam satu kenyataan kepada Bernama menerusi Kedutaan AS di sini, selepas pertemuan dengan Ismail Sabri berkata kedua-dua pihak turut terlibat dalam perbincangan mengenai memajukan matlamat bersama bagi mewujudkan Indo-Pasifik yang bebas dan selamat.

“Pertemuan dengan perdana menteri itu menyusul selepas mesyuarat ahli parlimen dan kongres yang dipengerusikan Speaker Parlimen Tan Sri Azhar Harun. Perbincangan itu termasuk mengenai cabaran keselamatan, peluang ekonomi dan keutamaan tadbir urus.

“Dalam setiap pertemuan kami, kami menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas undi yang diberikan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pencerobohan Rusia dan kepimpinannya di ASEAN untuk menolak Burma kerana kekerasan yang dilakukan.

“Perbincangan mengenai tadbir urus kami tertumpu pada integriti dalam kerajaan, menangani krisis iklim dan memerangi COVID,” tambahnya.

Pelosi berkata kedua-dua negara sepakat untuk terus bekerjasama dari segi kepentingan keselamatan bersama, ekonomi, perdagangan, pemerdagangan orang dan isu iklim.

Beliau dan delegasi kongres tiba di Malaysia pada Selasa sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi ke empat negara Asia.

Kuala Lumpur adalah persinggahan kedua Pelosi selepas melawat Singapura pada Isnin sebelum ke Korea Selatan dan Jepun. Lawatan beliau menjadi tumpuan banyak pihak yang menantikan sama ada Taiwan turut berada dalam jadual lawatannya.

Kementerian Luar China sebelum ini menyatakan jika Pelosi melawat Taiwan, Beijing akan mengambil langkah tegas untuk melindungi kedaulatan dan integriti wilayahnya, dan AS perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya ke atas semua kesan yang timbul daripada lawatan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad