web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Hash Brown’ Kembali Dalam Menu Sarapan Pagi McDonald’s

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 12:52PM

Hash brown kini kembali menghiasi sarapan pagi McDonald's - Gambar Facebook McDonald's Capitol Centre

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya selepas beberapa hari McDonald’s membuat pengumuman menyedihkan untuk menghentikan juadah hash brown dalam menu sarapan pagi, restoran makanan segera itu nampaknya sudah berjaya memulihkan keadaan.

Dalam satu perkongsian di Instagram, McDonald's memaklumkan menu popular itu boleh kembali dinikmati pelanggan bermula hari ini.

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia Melati Abdul Hai berkata, pemberhentian sementara hidangan tersebut adalah disebabkan isu rantaian bekalan global.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa cabaran rantaian bekalan global telah berjaya ditangani.

Hash brown adalah hidangan tambahan popular untuk menu sarapan pagi kami. Terima kasih kepada pelanggan setia atas sokongan dan memahami ketiadaan menu tersebut.

"Sesetengah restoran mungkin masih mengalami sedikit kelewatan dalam menawarkan menu itu, tetapi kami yakin akan menyelesaikan masalah tersebut sepenuhnya menjelang hujung minggu ini," katanya kepada The Vibes.

Pengumuman mengenai pemberhentian sementara hidangan itu beberapa hari lalu mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Majoriti tidak berpuas hati dengan pengumuman mengecewakan itu dan tidak menduga restoran makanan segera terkemuka tersebut mengambil langkah sedemikian.

Ini bukan kali pertama McDonald's membuat pengumuman mengejut seperti itu.

Sebelum ini, ia pernah menghentikan sementara penjualan kentang goreng bersaiz besar mulai 24 Januari lalu.

Kekurangan kentang goreng turut dihadapi di Jepun, di mana McDonald's terpaksa menghadkan penjualan kentang goreng kepada hidangan bersaiz kecil sahaja. - The Vibes, 28 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

10 Tempat Sarapan Best Di Selangor

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Pelancong Malaysia Tak Suka Tempah Sarapan Ketika Bercuti

3

Politik 3 tahun yang lalu

Hasrat Zuraida Kembali Sertai BERSATU Ditolak

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Peminat Teruja, Cinta Aedy Ashraf Dan Amelia Henderson Kembali Bertaut, Kali Ini Mahu Lebih Serius

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad