web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hasrat Zuraida Kembali Sertai BERSATU Ditolak

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 11:30AM

Pada 26 Mei 2022, Zuraida Kamaruddin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar daripada BERSATU untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permohonan mantan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin untuk kembali ‘ke pangkuan’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) selepas meninggalkan parti itu tahun lalu, ditolak.

Mengulas mengenai penolakan itu, Ketua ARMADA BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, permohonan terbabit ditolak kerana mantan Ahli Parlimen Ampang berkenaan tidak mahu meletak jawatan sebagai menteri selepas keluar daripada BERSATU, walaupun pelantikan dilakukan dengan kuota parti itu.

“Keputusan menolak permohonan beliau adalah sebulat suara,” katanya seperti dilaporkan FMT.

Pada 26 Mei 2022, Zuraida mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar daripada BERSATU untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Sebelumnya, beliau menyertai BERSATU selepas dipecat daripada PKR, susulan didakwa terbabit dalam Langkah Sheraton pada 2020.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Zuraida yang bertanding di Parlimen Ampang atas tiket PBM bukan sahaja tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH), Rodziah Ismail di kerusi yang dipertahankannya selama tiga penggal, malah hilang wang deposit.

Zuraida hanya memperoleh 4,589 undi dalam pertandingan sembilan penjuru di Parlimen itu, manakala Rodziah mendapat 29,681 undi.

Beliau kemudian dipecat dari PBM pada Disember tahun lalu bersama 10 individu lain selepas gagal menjawab surat tunjuk sebab diberikan parti itu.

Manakala, bulan lalu, Zuraida dipetik sebagai berkata, beliau tidak berhasrat bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), sebaliknya akan menyokong calon gabungan itu.

Ketika ini, Zuraida adalah ahli badan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN) diterajui Tan Sri Annuar Musa yang juga Presidennya. – Getaran, 5 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

4

Politik 2 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad