web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RUU Anti Lompat Parti Ada ‘Syaratnya’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 1:13PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dijangka mempunyai beberapa pengecualian, termasuk Ahli Parlimen yang mungkin dipecat daripada parti dan sekiranya parti dibubarkan atau dibatalkan pendaftarannya.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti di Dewan Rakyat, hari ini.

Pengecualian lain melibatkan penyingkiran Ahli Parlimen daripada parti mereka apabila dipilih menjadi Speaker Dewan Rakyat kerana ia tidak akan termaktub di bawah akta tersebut.

Hari ini, Dewan Rakyat sedang membahaskan rang undang-undang bersejarah itu selepas berbulan-bulan melaksanakan perbincangan antara Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan mengenai perkara tersebut.

RUU itu dirangka oleh Jawatankuasa Pilihan Khas dan dicetak Parlimen serta tidak melibatkan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Selain itu, Ismail Sabri berkata, penggunaan simbol parti politik atau gabungan tidak akan dipertimbangkan oleh peruntukan tersebut.
Tambahnya, undang-undang itu tidak akan digunakan secara retrospektif selepas ia diluluskan.

Dalam meletakkan parameter pindaan perlembagaan, beliau berkata, Ahli Parlimen yang melompat parti dalam gabungan sama mahupun berlainan akan dibatalkan status sebagai Ahli Parlimen, seperti mereka yang bertukar parti untuk bertanding pada pilihan raya sebagai calon bebas.

“Keahlian Ahli Parlimen dengan Dewan Rakyat bergantung kepada keanggotaan mereka dalam parti politik, tanpa mengira sama ada parti tersebut sebahagian daripada gabungan atau sekirannya mereka juga adalah ahli langsung parti gabungan itu,” katanya.

RUU itu adalah antara perkara yang dipersetujui menerusi Memorandum (MOU) Persefahaman mengenai Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan pembangkang pada September tahun lalu sebagai satu bentuk kerjasama dua parti yang menjunjung semangat Keluarga Malaysia.

RUU itu sebelum ini telah dibentangkan di Parlimen pada 11 April lalu tetapi Dewan Rakyat kemudian bersetuju untuk merujuknya kepada jawatankuasa pilihan khas Parlimen untuk pertimbangan selanjutnya sebelum diundi.

Kerajaan pada mulanya merancang untuk meluluskan undang-undang itu, tetapi terpaksa ditangguhkan selepas mendapat tentangan sebahagian Jemaah Menteri yang tidak bersetuju dengan definisi semasa lompat parti. – The Vibes, 27 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Sertai Parti Baharu: Rafizi, Nik Nazmi Berdepan Tindakan Akta Lompat Parti, Bon RM10 Juta

2

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad