web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sokongan Ahli Parlimen Pembangkang Kepada PM Tidak Langgar Akta Anti Lompat Parti - Azalina

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 8:19AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau baru-baru ini tidak menyalahi Akta Anti Lompat Parti atau Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kerana kesemua Ahli Parlimen hanya menyatakan sokongan tanpa melompat atau keluar daripada parti politik masing-masing.

“Akta lompat parti itu bermaksud betul-betul lompat parti. Kalau kita baca perbahasan untuk mewujudkan Akta Anti Lompat Parti ini pada sesi-sesi lepas, penekanan lebih kepada meninggalkan parti yang dia bertanding atas tiket parti tersebut tetapi hari ini, mereka menyatakan bahawa mereka tidak meninggalkan parti, hanya memberi sokongan.

“Jadi, apa yang kita lihat di sini ialah dia bukan lompat (keluar parti), dia memberi sokongan dan kerajaan sudah dibentuk,” katanya ketika menjadi tetamu program Suara Anak MADANI yang turut menampilkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil di Akademi Seni Budaya danan Warisan Kebangsaan (ASWARA), semalam.

Bagaimanapun, Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, parti masih berhak mengambil sebarang tindakan akibat pelanggaran disiplin kerana ia tertakluk pada keputusan parti masing-masing.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang membawa usul akta itu tahun lalu turut menjelaskan bahawa tindakan menyatakan sokogan kepada kerajaan tanpa melompat parti tidak melanggar pindaan Perlembagaan yang berkaitan.

Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022, yang mempunyai peruntukan melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, berkuat kuasa pada 5 Oktober 2022 selepas diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Julai tahun sama.

Azalina turut menafikan segala tuduhan yang dilempar oleh pembangkang termasuk kerajaan telah memberikan sogokan kepada Ahli Parlimen terbabit, sekali gus melanggar akta berkenaan.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjadi wakil rakyat pembangkang terbaru dan kelima menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Sementara itu, Azalina meminta Ahli Parlimen pembangkang memberikan teguran atau kritikan lebih matang di Dewan Rakyat dan bukan hanya yang berkonsepkan kebencian atau ekstremis. 

“Kita (amalkan) Sistem Westminster dan mempunyai Kabinet bayangan. Kalau kita tembak dari segi dasar, saya rasa ia lebih adil, afdal sebab contoh menteri komunikasi bayangan kata kalau kami kerajaan, kami tidak akan buat sedemikian.

"Ia lebih kepada perbincangan intelektual dan bagi saya, rakyat Malaysia ini golongan berakal dan mereka boleh memilih,” katanya.

Suara Anak MADANI adalah program bual bicara yang menampilkan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai moderator serta tetamu-tetamu jemputan dengan gaya lebih santai bagi membincangkan dasar atau isu hangat.

Program itu ditayangkan di platform Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube Suara Anak MADANI bersempena setahun penubuhan Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Tindakan Pembangkang Keluar Dewan Seperti Tidak Hormati Institusi Diraja - Ahmad Farhan

2

Politik 2 tahun yang lalu

PDRM, SPRM Sedia Siasat Laporan Wujud Unsur Habuan, Ugutan Sokongan Kepada PM

3

Politik 2 tahun yang lalu

Ahli Parlimen Pembangkang Sokong Perdana Menteri Tidak Hilang Kerusi - Saifuddin Nasution

4

Politik 3 tahun yang lalu

Kerajaan Perpaduan Secara Dasar Setuju Sedia Peruntukan Kepada Ahli Parlimen Pembangkang - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad